Foto : Shopee |
BERITA | Pelbagai spekulasi berlegar-legar kononnya pelanggan boleh dapatkan sebuah kereta di Shopee hanya dengan RM1.
Memang benar, platform e-dagang nombor satu di Malaysia itu mengesahkan berita yang tersebar itu betul.
Ia bukan scam, penipuan atau gimik untuk mendapatkan perhatian daripada pengguna.
Memang sebuah kereta Honda City 1.5L E sedia untuk dimiliki hanya dengan RM1, dan hanya seorang daripada 20 juta pengguna Shopee akan berpeluang untuk memandu pulang kereta idaman itu.
Jadi, apa yang perlu ada lakukan?
Pada 9 September, pastikan sedia menunggu bersama app Shopee untuk pengumuman “ONE OR NOT” tentang barangan yang akan dilepaskan pada RM1, termasuk Honda City 1.5L E.
Klik pada kereta yang disenaraikan dan beli pada harga RM1.
Kemudian, kena sabar menunggu pukul 12 tengah hari, hari berikutnya.
Pembeli terpilih akan dipilih secara rawak dan akan dimaklumkan melalui notifikasi.
Jika anda tidak terpilih, Shopee memberi jaminan RM1 anda akan dikembalikan ke akaun kad kredit atau Shopee Wallet.
Jika anda tidak mahu menjadi pemilik kepada kereta baharu itu, terdapat barangan berahrga lain seperti televsyen Samsung Full HD 49 inci, Xiaomi Mi 9T 64GB, Honeywell Air Purifier Air Touch A5 Coverage, JBL GO 2 Portable Bluetooth Speaker, Khind Air Fryer dan motosikal Yamaha yang juga akan dilepaskan pada RM1.
Kempen ONE OR NOT ini akan berlangsung setiap hari dari sekarang hingga 9 September.
Tetapi, bukan itu sahaja - ONE OR NOT ini adakan sebahagian acara utama Shopee 9.9 Super Shopping Day.
TAWARAN
Dari sekarang hingga grand final 9 September ini, rakyat Malaysia boleh menantikan koleksi promosi yang tiada tandingan yang paling besar termasuk penghantaran percuma dengan belanja minimum RM9 dan sehingga 90 peratus daripada barangan terpilih datang daripada jenama seperti Universal Traveller, AEON BIG, LOréal, Tesco, Enfagrow, Black Shark dan Mydin.
Keistimewaan eksklusif lain termasuk kejutan jualan sembilan kali segari dengan tawaran bermula serendah RM1, dan terima penjimatan sehingga 17 kali daripada wang yang anda belanjakan apa anda membeli RM9.90 Super Voucher Pack, yang memuatkan vaucher daripada Shopee, Agoda, dahmakan, Dal.komm Coffee, ZEN Rooms, Grab, BBQ Chicken, Victoria Station, KKday, Recommend.my, Muslim Pro, MBO, Dunkin Donuts dan Teppanyaki.
PERMAINAN
Kumpul bersama rakan-rakan dan nikmati siri permainan, yang direka untuk membawa lebih kemeriahan ketika anda membeli-belah di platform ini.
Apabila anda hoyangkan phone untuk menang syiling Shopee yang berjumlah 99,999,999 apabila anda bermain Goyang Shopee, tempatkan diri anda dalam kalangan pemain teratas dalam in Shopee Slice dan memang sehingga tiga biji bola yang telah ditandatangan oleh duta jenama Shopee, Cristiano Ronaldo.
Uji minda anda dengan Kuiz Shopee, acara pukul 12 tengah hari - di mana pengguna perlu menjawab semua soalan dengan betul untuk menang syiling, gandakan peluang untuk menang pada setiap Khamis dengan sesi kedua pada pukul 9 malam.
PERTANDINGAN SOCIAL MEDIA
Peluang untuk menaang jersi yang ditandatangan oleh Cristiano Ronaldo dengan mengikuti @shopee_my dan `like' pertandingan yang dimuat naik.
Kemudian ambil gambar terbaik anda dengan menitu pos ikonik Cristiano Ronaldo, muat naik ke Instagram story anda dan tag @shopee_my. Tangkap skrin Instagram story dan email ke shopeemy.sm@shopee.com. Pertandingan berakhir pada 4 September.
Ketahui lebih lanjut tentang 9.9 Super Shopping Day.
SUMBER: UTUSAN