Foto Sumber: AGENSI |
JEDDAH: Pesawat penerbangan Amerika Syarikat (AS) pertama tiba di Arab Saudi sejak 1997, selamat mendarat di sini bersama 168 jemaah haji, pada 31 Julai lalu.
Penerbangan Miami Air dari Ohio itu selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz tengah hari semalam, kata jurucakap Pihak Berkuasa Umum Penerbangan Awam (GACA) dan di akaun Twitter lapangan terbang.
Menurut data pengesan penerbangan, pesawat berkenaan berlepas pagi Selasa lalu dari Columbus, Ohio sebelum berhenti di Gander, Nova Scotia.
Pesawat berkenaan berhenti sekali lagi di Shannon, Ireland dan Athens di Greek sebelum menuju ke destinasi akhirnya, Jeddah.
SUMBER: Agensi