Wednesday 27 November 2019

Waktu Solat Subuh Di Selangor Berubah Lapan Minit Bermula 29 NOV

SUMBER: Jabatan Mufti Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memaklumkan terdapat perubahan waktu solat subuh bagi seluruh kawasan Selangor dengan tambahan masa lapan minit dari waktu asal semasa.

Agensi itu dalam kenyataan berkata perubahan berkenaan perlu dibuat bermula waktu solat subuh bermula 29 November bersamaan 2 Rabiulakhir 1441H.

“Perubahan ini dibuat hasil kajian kecerahan langit waktu subuh yang dilakukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bersama penyelidik Universiti Malaya.

“Pekara ini sudah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-116 dan diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada 28 November untuk dikuatkuasakan di negeri ini,” katanya.

SUMBER: JAIS

No comments:

Post a Comment

Penggunaan Mesin Penuai Kawalan Jauh dan Robot dalam Penanaman dan Penuaian Padi

    AI image generated by : Mohd Ezli Mashut Oleh : Mohd Ezli Mashut & ChatGPT Pendahuluan Pertanian merupakan salah satu sektor penting...