Wednesday 27 November 2019

Mengejutkan ! Banyak Kedai ‘Bubble Tea’ Guna Bahan Tiada Sijil Halal

Foto: BUBLE TEA


Laporan berita SelangorKini pada 27 NOV  bahawa banyak premis menjual minuman 'buble tea' menggunakan bahan tanpa sijil halal memang mengejutkan.

Perkara itu didedahkan Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang mengesan premis menjual minuman itu menggunakan bahan tanpa sijil halal.

Ketua Penolong Pengarahnya, Wan Najmiah Wan Mohamad Ali berkata kebanyakan bahan untuk membuat minuman itu diimport dari Taiwan dan pemeriksaan mendapati ia tidak mempunyai logo halal.

Beliau memaklumkan pihaknya giat memantau premis berkenaan susulan tindakan mereka yang mengelirukan pengguna khususnya beragama Islam.

“Memang tidak dinafikan premis mereka bersih, malah ada yang menggunakan tenaga pekerja wanita Islam bertudung.

“Apabila minuman ‘bubble tea’ itu viral, orang ramai berpusu-pusu (membeli) tanpa mengetahui status halal yang dimiliki,” katanya pada Majlis Perasmian Stor Ekshibit Bahagian Pengurusan Halal di Space U8 di sini, lapor SelangorKini.

Pada masa sama, Wan Najmiah berkata pihaknya sudah mengadakan pertemuan bersama Majlis Perbandaran Subang Jaya susulan kawasan terbabit paling banyak memiliki premis ‘bubble tea’.

Katanya bagi mengelakkan kekeliruan, MPSJ akan menggalakkan premis yang menjual minuman jenis itu supaya memiliki sijil halal sebelum memohon lesen perniagaan.

“JAIS mendapati ada antara pengusaha mengiklankan minuman mereka dengan perkataan ‘kami menggunakan bahan halal walaupun tidak mempunyai sijil halal’.

“Tindakan pengusaha mempamerkan sijil halal luar negara pada premis masing-masing juga adalah salah kerana ia bukan sijil daripada Malaysia.

“Oleh itu, kami menggalakkan pelanggan untuk membuat aduan sekiranya berlaku hal sedemikian kerana penggunaan perkataan halal sewenang-wenangnya adalah salah,” katanya.

Wan Najimah berkata, setakat ini hanya Tealive dan CoolBlog sahaja mempunyai sijil halal, sementara majoriti pengusaha ‘bubble tea’ yang lain masih gagal mengemukakan permohonan.

SUMBER BERITA: SELANGORKINI

No comments:

Post a Comment

Penggunaan Mesin Penuai Kawalan Jauh dan Robot dalam Penanaman dan Penuaian Padi

    AI image generated by : Mohd Ezli Mashut Oleh : Mohd Ezli Mashut & ChatGPT Pendahuluan Pertanian merupakan salah satu sektor penting...