Friday 29 November 2019

JAWAPAN TERHADAP PERSOALAN “KENAPA WAKTU SUBUH BERUBAH”


Grafik : MUFTI WILAYAH Persekutuan 



S1: Bagaimana waktu subuh ditentukan

J1: Waktu subuh ditentukan menurut hitungan ilmu falak berdasarkan kedudukan matahari 20 darjah di bawah ufuk timur.



S2: Kenapa berlaku perubahan waktu solat subuh di Selangor?

J2: Ia berdasarkan penemuan dari kajian oleh Jakim, yang diketuai oleh Universiti Malaya dan dianggotai oleh beberapa universiti dan agensi kerajaan yg lain. Kajian mendapati waktu subuh sebenar adalah apabila matahari berada pada kedudukan 18 darjah di bawah ufuk.



S3: Kenapa perlu ditambah 8 minit?

J3: Tambahan 8 minit ini adalah nilai purata bagi perbezaan 2 darjah. (daripada 20 darjah kepada 18 darjah). Satu darjah secara puratanya adalah bersamaan 4 minit. Maka 2 darjah adalah bersamaan 8 minit.



S4: Kenapa Selangor sahaja yang ubah?

J4: Insya Allah ia akan dilaksanakan oleh negeri lain bila tiba masanya. Pihak negeri dengan kuasa undang-undang yg ada berhak mengumumkan keputusan di peringkat negeri masing-masing.



S5. Adakah solat subuh selama ini yg awal 8 minit dari waktu baru tidak sah?

J5: Tidak timbul soalan itu kerana solat subuh selama ini berdasarkan kepada ijtihad dan ilmu yang sah dan dilegalized secara rasmi melalui jabatan Mufti negeri. Waktu solat walaupun hadnya adalah sabit secara qatie, penentuan dan perinciannya adalah zanni dan tertakluk kepada ijtihad semasa berdasarkan penyelidikan/ istiqra'.



S6: Selangor telah umumkan waktu subuh 8 minit lebih lewat, jadi bagaimana dengan negeri-negeri lain, terutamanya KL, Putrajaya, N9 dll yg bersempadan Selangor?

J6: Setiap penduduk negeri perlu patuh kepada arahan Ulul Amri negeri masing-masing. Ulul Amri negeri ialah DYMM Sultan atau Raja bagi negeri beraja dan TYT Yang Dipertua Negeri bagi negeri tidak beraja . Jika WP KL, Labuan dan Putrajaya, hendaklah mengikut YDPA. Selagi tiada arahan baharu dikeluarkan, waktu sedia ada adalah sah diikuti kerana urusan agama ditentukan oleh pihak Ulul Amri, rakyat hanya ikut dan taat setia.



S7: Adakah ia melibatkan waktu solat lain dan waktu syuruk?

J7: Tidak. Waktu lain tidak terlibat kerana keputusan ini khusus melibatkan solat subuh sahaja. Cuma bagi waktu imsak, ia juga dilewatkan iaitu 10 minit sebelum bermula subuh. Waktu syuruk iaitu waktu berakhirnya subuh/ terbit matahari kekal sebagaimana yg ada dalam taqwim solat.


Kredit jawapan: Prof. Madya Dr Saadan Bin Man, Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya telah disemak dan dikemaskini oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor




Sumber Jabatan Mufti Selangor 

WAKTU SUBUH LEWAT 8 MINIT BABITKAN SELURUH NEGARA - JAKIM

Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) ke-116 memutuskan bahawa perubahan waktu solat subuh yang perlu dilewatkan sebanyak lapan minit adalah membabitkan seluruh negara.

Mesyuarat yang bersidang pada Rabu dan Khamis lalu bersetuju bahawa permulaan waktu solat subuh di negara ini adalah menggunakan parameter altitud matahari pada 18° di bawah ufuk yang menyebabkan kepada perubahan waktu solat berkenaan.

Sumber JAKIM




No comments:

Post a Comment

Penggunaan Mesin Penuai Kawalan Jauh dan Robot dalam Penanaman dan Penuaian Padi

    AI image generated by : Mohd Ezli Mashut Oleh : Mohd Ezli Mashut & ChatGPT Pendahuluan Pertanian merupakan salah satu sektor penting...