Sunday 8 December 2019

Sanna Marin,34, Bakal PM Termuda Finland dan Dunia Dalam Sejarah


Foto: Sanna Marin

GLOBAL | Sanna Marin, 34 tahun bakal menjadi perdana menteri termuda di dunia selepas diangkat menggantikan penyandang sebelum ini Antti Rinne.

Sanna Marin bakal menjadi Perdana Menteri di Finland selepas Rinne meletakkan jawatannya pada Selasa apabila mendapat usul undi tidak percaya.

Agensi Berita Antarabangsa REUTERS melaporkan ia gara-gara apabila Rinne gagal menguruskan masalah mogok pekerja pos negara itu.

Sanna Marin sebelum ini merupakan Menteri Pengangkutan Finland dan mula berkecimpung dalam kancah politik sejak tujuh tahun yang lalu.

Beliau akan mula mengambil alih negara itu di tengah-tengah mogok pekerja selama tiga hari yang dijangka akan mengganggu pengeluaran di beberapa kilang utama di Finland bermula hari ini.

Konfederasi Industri Finland menganggarkan mogok kali ini akan mengakibatkan kerugian kepada syarikat-syarikat terlibat sebanyak 500 juta euro (RM2.3 bilion).

"Kami mempunyai tugas besar untuk mengembalikan kepercayaan," kata Marin selepas memenangi pemilihan parti dengan undian tipis.

Marin berjaya menewaskan lawannya Antti Lindtmann untuk mengambil alih tampuk pemerintahan parti Sosial Demokratik negara itu.

Perubahan pimpinan di Finland kali ini dilihat sedikit kekok memandangkan negara itu bertanggunjawab memegang jawatan presiden untuk Kesatuan Eropah sehingga hujung tahun dan memainkan peranan penting untuk menghalang peruntukan buat blok negara itu.

SUMBER BERITA: REUTERS

No comments:

Post a Comment

Penggunaan Mesin Penuai Kawalan Jauh dan Robot dalam Penanaman dan Penuaian Padi

    AI image generated by : Mohd Ezli Mashut Oleh : Mohd Ezli Mashut & ChatGPT Pendahuluan Pertanian merupakan salah satu sektor penting...