Tuesday, 10 March 2020

Jual Tesco, Sime Darby Dijangka Terima Dividen Sehingga RM76 juta

TESCO


KUALA LUMPUR: Sime Darby Bhd dijangka menerima dividen khas RM63 juta hingga RM76 juta berikutan pembelian Tesco Malaysia oleh CP Group.

Maybank IB Research dalam nota penyelidikan berkata dividen itu adalah menerusi 30 peratus kepentingan dalam Tesco Malaysia.

“Kami mengekalkan saranan beli ke atas Sime Darby dengan harga sasaran sebanyak RM2.58 juta saham diurus niaga,” katanya.

Sebelum ini, Charoen Pokphand (CP) Group di Thailand mengumumkan bahawa ahli lembaga pengarahnya telah meluluskan janji niaga bagi anak-anak syarikatnya untuk membeli 86.9 peratus kepentingan operasi di Thailand yang dimiliki Tesco, peruncit terbesar Britain dan 100 peratus kepentingan operasi Tesco di Malaysia.

Janji niaga itu bernilai AS$10.6 bilion (RM45 bilion). 

SUMBER: BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Understanding Air Turbulence and How Passengers Can Stay Safe

      AI image generated by : Mohd Ezli Mashut By : Mohd Ezli Mashut & ChatGPT ChatGPT can make mistakes. Check important info.  Introdu...