Sunday, 22 March 2020

Pencarum KWSP Boleh Keluarkan Pengeluaran i-Lestari, RM500 Sebulan/12 Bulan

KWSP
Semasa Perutusan Covid-19 Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan beberapa inisiatif tambahan menerusi Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) bagi membantu rakyat menangani wabak virus tersebut.

Antara inisiatif yang menarik perhatian adalah kemudahan pengeluaran i-Lestari diberi bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM40 ribu.

Katanya kemudahan ini merangkumi semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.

Inisiatif ini dijangka memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP, dengan jumlah pengeluaran dianggarkan bernilai RM40 billion.

--------------------------------------------------------------------------

Kemudahan pengeluaran i-Lestari bagi pencarum

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM40 billion. Menerusi kemudahan ini, semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan. 

Permohonan boleh dibuat bermula 1 April 2020. Inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP, dengan jumlah pengeluaran yang dianggarkan bernilai RM40
billion.

Saya berharap inisiatif ini dan juga pengurangan kadar caruman KWSP pekerja sebanyak 4% yang berkuatkuasa pada bulan April 2020 akan membolehkan para pekerja mempunyai lebih wang dalam poket masing-masing untuk membeli barang-barang keperluan harian.

Nasihat saya kepada anda semua yang akan menerima manfaat ini, gunalah wang ini sebaik mungkin. Beli barang-barang yang perlu sahaja dalam waktu yang agak sukar ini.

Yang penting, pastikan setiap hari ada makanan di atas meja untuk seisi keluarga. Mungkin juga wang ini sebahagiannya boleh digunakan untuk menampung bayaran bil air atau bil elektrik atau sewa rumah mengikut keperluan masing-masing. 

Walaupun jumlahnya mungkin tak seberapa, tetapi inilah wangbhasil titik peluh anda sendiri yang sepatutnya digunakan untuk hari tua, tetapi kerajaan benarkan wang ini digunakan pada masa ini memandangkan ada dalam kalangan saudara-saudari yang memerlukan. 

Insya Allah, jika wang ini digunakan secara berhemah akan ada keberkatannya untuk saudara dan saudari seisi keluarga.



No comments:

Post a Comment

Understanding Air Turbulence and How Passengers Can Stay Safe

      AI image generated by : Mohd Ezli Mashut By : Mohd Ezli Mashut & ChatGPT ChatGPT can make mistakes. Check important info.  Introdu...