NEWS | ECONOMY | TECHNOLOGY| INVESTMENT | GADGET | INNOVATION | FUTURISTIC | TIPS | INSURANCE | IT | IOT
Saturday, 4 April 2020
AirAsia Lancar Kempen S.O.S Bantu Perniagaan Terjejas Oleh COVID-19
AirAsia Group melancarkan kempen “Save Our Shops” (SOS) untuk membantu perniagaan tempatan yang terjejas teruk oleh COVID-19 dengan memasarkan produk mereka melalui platform e-dagang, OURSHOP.
Syarikat penerbangan itu berkata OURSHOP akan dihoskan di laman webnya, airasia.com, yang menerima trafik yang tinggi dan produk yang dijual melalui platform itu akan dihantar menerusi cabang logistiknya, Teleport.
"Kami mempunyai platform dan infrastruktur yang sesuai dan dalam tempoh sekatan perjalanan ini, apa lagi cara terbaik untuk menggunakan sumber yang kami ada selain daripada membantu mereka yang memerlukannya," menurut AirAsia dalam kenyataan hari ini.
Katanya kempen itu membolehkan peniaga mendaftar tanpa sebarang fi penyenaraian dan komisen untuk memasarkan produk mereka di OURSHOP sepanjang April.
Bagaimanapun, kedai-kedai ini perlu menampung caj transaksi perbankan sebanyak dua peratus bagi setiap jualan yang dibuat, menurut AirAsia.
Produk yang memenuhi syarat termasuklah barangan runcit, keperluan harian, makanan dan minuman, produk kecantikan dan barangan isi rumah.
-BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Counter-Strike’ players are faster decision-makers, study shows
By : Mohd Ezli Mashut Key Points - Research suggests that experienced Counter-Strike players make decisions faster, with a study showing t...
-
By : Mohd Ezli Mashut Key Points - Research suggests that experienced Counter-Strike players make decisions faster, with a study showing t...
-
Premium insurans perubatan di negara ini meningkat antara 10 hingga 15 peratus, manakala bagi insurans hayat pula tertakluk pada polisi baha...
-
Photo: PCMAG Mercedes-Benz is using an unorthodox approach to making sure customers keep up on their car payments: tracking vehicle lo...




No comments:
Post a Comment