Friday, 3 April 2020

'Direct Debits' : CIMB Akan Hubungi Pelanggan

CIMB BANK

KUALA LUMPUR: CIMB Bank Bhd (CIMB) berkata transaksi ‘direct debit’ yang tular di media sosial adalah urus niaga kad debit yang sah yang dibuat pelanggan.

Bank itu dalam kenyataan ringkas kepada BH berkata, insiden terpencil itu adalah disebabkan transaksi tidak lengkap yang dibuat oleh pelanggan dengan peniaga luar negara seperti langganan atau perkhidmatan penstriman dalam talian.

Bagaimanapun, katanya, transaksi berkenaan dilabel semula sebagai ‘direct debits’ menyebabkan kekeliruan kepada pelanggannya.

“Kami memohon maaf atas sebarang kekeliruan dan kami akan menghubungi pelanggan yang terbabit secara langsung,” katanya.

Sejak semalam kecoh di media sosial mengenai caj secara rawak CIMB ke atas akaun pelanggannya.

Dalam akaun Tweeter rasmi CIMB Assist, deretan komen di tinggalkan pelanggan syarikat perbankan itu yang meminta CIMB meningkatkan sistem keselamatan CIMB Clicks.

Ia susulan wujudnya transaksi tanpa pengesahan dengan pelanggan dicaj ratusan ringgit tanpa disedari atau dimaklumkan terlebih dulu.

Menurut Cena @HusnaShaidin, tiada butiran lanjut mengenai pembelian yang dibuat termasuk tarikh.

Bagi Syazany @bezane, ia alah caj yang tidak patut kerana transaksi tanpa pengesahan pelanggan.

Ia bukan kes pertama, berdasarkan carian BH, pada 2018 timbul juga isu sama, apabila akaun pelanggan dikenakan caj oleh penyedia platform pembayaran ketiga meskipun tanpa membuat apa-apa transaksi.

SUMBER: BH ONLINE/ 4 APRIL 2020

No comments:

Post a Comment

Understanding Air Turbulence and How Passengers Can Stay Safe

      AI image generated by : Mohd Ezli Mashut By : Mohd Ezli Mashut & ChatGPT ChatGPT can make mistakes. Check important info.  Introdu...