Friday, 26 February 2021

KWSP Lancar Skim Pengeluaran Baharu Akhir 2021, Beli Insurans - Takaful



Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melancarkan skim pengeluaran baharu bagi membolehkan ahlinya membeli produk insurans atau Takaful pada akhir tahun ini, kata Pengerusinya, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir.


"KWSP akan memulakan skim pengeluaran baharu ini seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 pada akhir tahun ini," katanya.

Mengulas berkenaan prospek tahun 2021, Ahmad Badri berkata, meskipun pemberian vaksin telah dilancarkan pada tahun ini, KWSP tetap berjaga-jaga kerana terdapatnya strain COVID-19 yang baharu dan lebih mudah merebak.

"Bagaimanapun, kami percaya bahawa situasi kini sudah mula terkawal dengan kerajaan setiap negara berusaha memastikan rakyat mereka mendapat vaksin selancar mungkin.

"Bahkan di Malaysia juga, kelompok pertama vaksin telah pun sampai dan dalam proses pengedaran," katanya.

Beliau berkata, KWSP sudah menjangkau usia 70 tahun dan menjadi antara institusi dana persaraan tertua di dunia.

"Kami akan tetap memberi tumpuan kepada mandat kami iaitu membantu ahli mencapai simpanan yang mencukupi untuk persaraan yang mampan.

"Selain itu, KWSP juga menjadi pelabur institusi pertama yang mewujudkan mandat pelaburan langsung atau pelaburan bersama Ekuiti Persendirian patuh Syariah terbesar di dunia, dengan pelancaran Akaun Terurus Berasingan, bernilai AS$600 juta.

"Ini adalah berita baik untuk dana Simpanan Shariah KWSP, yang mana baki simpanan ahli telah melepasi nilai RM100 bilion dan terus berkembang secara berterusan," katanya.

Sehingga kini, terdapat 1.12 juta ahli KWSP yang telah memilih Simpanan Shariah sejak ia dilancarkan pada tahun 2016 untuk memenuhi permintaan ahli agar simpanan KWSP mereka diuruskan dan dilaburkan mengikut prinsip Syariah.

Ahmad Badri, COVID-19 telah memberikan satu pendedahan kepada semua tentang keperluan mencari penyelesaian dalam tempoh masa yang amat singkat.

"Dalam usaha KWSP untuk melindungi dan meningkatkan nilai simpanan persaraan ahli di sebalik turun naik pasaran dan persekitaran yang tidak menentu ini, penekanan terhadap pelaburan berlandaskan elemen Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus (ESG).

"Ia akan berfungsi sebagai paksi dan kaedah mitigasi risiko yang berkesan, serta menjadi pemacu dalam menghasilkan dividen sosial yang dapat bertahan dan melangkaui pulangan kewangan," katanya.

SUMBER: BH ONLINE/27 FEB 2021

No comments:

Post a Comment

Understanding Air Turbulence and How Passengers Can Stay Safe

      AI image generated by : Mohd Ezli Mashut By : Mohd Ezli Mashut & ChatGPT ChatGPT can make mistakes. Check important info.  Introdu...