Friday, 26 March 2021

Kesesakan Terusan Suez – Dunia Rugi RM1.6 bilion Sejam

    Foto Sumber: RT NEWS


INSIDEN kapal kontena besar milik Panama, Ever Given yang tersadai dan mengakibatkan kesesakan lalu lintas marin yang teruk di Terusan Suez semenjak 23 Mac lalu mengakibatkan kerugian besar kepada dunia.

Menurut laporan jurnal berita Lloyd’s List, gangguan perjalanan itu itu mengakibatkan kerugian mencecah AS$400 juta (RM1.6 bilion) sejam.

Tambah Lloyd’s List, anggaran nilai barang yang dibawa kapal kargo itu mencecah AS$9.7 bilion (RM40 bilion) sehari.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak AS$5.1 bilion (RM2.1 bilion) dibawa oleh kepal dari timur ke barat dan AS$4.6 bilion (RM19 bilion) dibawa oleh kapal dari barat ke timur.

Kesesakan itu juga memaksa hampir 300 buah kapal kargo lain untuk menukar laluan melalui Afrika dengan perjalanan yang lebih jauh, kos yang tinggi dan juga berbahaya.

Ia juga memberi kesan kepada bekalan global yang meningkat naik dalam pandemik Covid-19.


Ketika ini, usaha mengapungkan semula kapal Ever Given yang tersekat itu masih giat diteruskan.

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat perkapalan Belanda Boskalis, Peter Berdowski berkata pihaknya telah mencuba pelbagai usaha untuk mengalihkan kapal itu daripada sekatan namun tempoh yang diperlukan untuk berbuat demikian tidak dijelaskan.

Terusan Suez merupakan salah satu laluan air terpenting di dunia yang menghubungkan Mediterranean dengan Laut Merah serta merupakan laluan perkapalan ke Asia.

Ia meliputi sepanjang 190 kilometer, sedalam 24 meter dan seluas 205 meter yang boleh mengendalikan puluhan kapal kontena besar dalam masa sehari.-Agensi


Kapal tunda, korek berusaha apungkan kontena sekat Terusan Suez

KAHERAH: Kapal tunda dan korek pada 27 Mac meneruskan operasi hari keempat untuk mengapungkan kapal kontena yang menghalang Terusan Suez di Mesir, hingga memaksa syarikat perkapalan mengubah laluan penting kapal dagang di sekitar Afrika.

MV Ever Given, yang lebih panjang daripada empat padang bola sepak, tersekat secara menyerong merintangi terusan itu sejak Selasa lalu, menutup laluan air kedua-dua arah.

Ia menyebabkan kesesakan lalu lintas ke atas lebih 200 kapal di kedua-dua hujung terusan sepanjang 193 kilometer (km) dan menyebabkan kelewatan penghantaran minyak dan produk lain.

Pegawai dari Shoei Kisen Kaisha, syarikat Jepun yang memiliki Ever Given, hari ini berkata, kru sedang berusaha mengapungkan kapal terbabit.

Katanya, 'kapal tunda dan korek digunakan untuk menghancurkan batu' dalam usaha mengapungkan kapal itu, selain tidak mempunyai maklumat berkaitan kerosakan kapal terbabit.

Krew dilihat bekerja sepanjang malam, menggunakan mesin pengorek sambil dibantu penggunaan lampu limpah.

Bagaimanapun, kapal dengan berat kasar 219,000 tan dan berat muatan 199,000 tan itu masih belum bergerak, memaksa syarikat gergasi perkapalan global Maersk dan Hapag-Lloyd dari Jerman mengubah laluan sekitar hujung benua Afrika.

"Terusan Suez masih tersekat sekurang-kurangnya satu atau dua hari lagi, syarikat perkapalan terpaksa mengambil laluan lebih jauh di sekitar Tanjung Harapan untuk pergi ke Eropah atau pantai timur Amerika Utara," kata Lloyd's List, syarikat data dan berita perkapalan.

"Kapal kontena pertama melakukannya ialah kapal Evergreen, Ever Greet selain laluan memerlukan tambahan 12 hari," katanya. 


SUMBER: AGENSI/AFP

27 MAC 2021

No comments:

Post a Comment

Understanding Air Turbulence and How Passengers Can Stay Safe

      AI image generated by : Mohd Ezli Mashut By : Mohd Ezli Mashut & ChatGPT ChatGPT can make mistakes. Check important info.  Introdu...