Wednesday, 2 March 2022

Malaysia Airlines Terbang Semula Ke Australia, Tawar Tambang Pergi Balik Harga Menarik


    Tangkap layar laman sesawang Malaysia Airlines


PENERBANGAN | Malaysia Airlines menyambung semula penerbangan ke Australia dengan pembukaan sepenuhnya sempadan negara itu kepada pelancong layak bermula pada 3 Mac 2022.


Syarikat penerbangan nasional itu menyediakan perkhidmatan dua kali seminggu ke Perth dan lima kali seminggu ke Sydney.


Bermula April, kekerapan ke Perth akan ditambah kepada lima kali seminggu, manakala penerbangan ke Sydney akan ditambah kepada tujuh kali seminggu.


"Sama ada untuk mengunjungi orang tersayang dan bersatu semula dengan keluarga serta rakan-rakan atau meneroka pengalaman budaya Australia yang pelbagai, Malaysia Airlines menawarkan tambang penuh pergi balik ke Perth bermula RM1,999 dengan kelas ekonomi dan RM6,999 melalui kelas perniagaan.


"Tempahan boleh dibuat sehingga 6 Mac 2022 dan sah untuk perjalanan sehingga 31 Julai 2022," katanya.


Malaysia Airlines berkata, tambang ke Sydney juga disediakan daripada serendah RM2,929 untuk kelas ekonomi dan RM8,199 kelas perniagaan, boleh ditempah bermula sekarang untuk perjalanan sehingga 28 Mac 2022.


Sementara itu, bagi mereka yang mahu mengembara di dalam negara, Malaysia Airlines menawarkan penjimatan besar tambang ke semua destinasi domestik dalam rangkaiannya bermula sekarang hingga 13 Mac 2022.


Pelanggan boleh menikmati tambang daripada serendah RM79 sehala menggunakan kelas ekonomi dan RM359 di kelas perniagaan ke destinasi dalam Semenanjung Malaysia bagi perjalanan sehingga 30 Jun 2022.


Bagi pelancong ke Sarawak dan Sabah, tambang laluan berkenaan dari Kuala Lumpur masing-masing bermula daripada RM109 dan RM119.


Tambang dari Pulau Pinang ke Kota Kinabalu dan Kuching juga ditawarkan masing-masing serendah RM109 dan RM169 bagi perjalanan sehingga 10 April 2022, sebelum syarikat penerbangan sekutu, Firefly, menyambung semula operasi pesawat jet dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada 11 April ini.


Pelanggan juga boleh mengambil peluang penerbangan terus dari Johor Bahru ke Langkawi dengan tambang menarik bermula daripada RM59.

No comments:

Post a Comment

Understanding Air Turbulence and How Passengers Can Stay Safe

      AI image generated by : Mohd Ezli Mashut By : Mohd Ezli Mashut & ChatGPT ChatGPT can make mistakes. Check important info.  Introdu...