Tuesday, 1 March 2022

PETRONAS Wujud Entiti Tenaga Boleh Diperbaharu, Selesai Keperluan Tenaga Bersih


   Sumber Grafik: Petronas


PETRONAS bakal menubuhkan sebuah entiti baharu yang memfokuskan sepenuhnya kepada tenaga boleh diperbaharui (RE), hidrogen dan mobiliti hijau pada pertengahan tahun 2022.


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya berkata, entiti ini disasarkan untuk menyelesaikan keperluan tenaga bersih untuk pelanggan mereka dan menyokong aspirasi global kumpulan, lapor BH Online pada 1 Mac 2022.


Datuk Tengku Muhammad Taufik pihaknya juga menubuhkan unit baharu dikenali Unit Pengurusan Karbon berpusat yang memberi tumpuan kepada usaha dekarbonisasi di dalam kumpulan itu.


"Kami akan menubuhkan sebuah entiti baharu yang bebas yang akan memfokuskan sepenuhnya kepada tiga sektor iaitu RE, hidrogen dan mobiliti hijau. Entiti ini akan ditubuhkan pada pertengahan tahun ini," katanya.


Beliau berkata demikian pada taklimat media mengumumkan prestasi kewangan suku keempat kumpulan itu pada 1 Mac 2022.


Sementara itu Tengku Taufik berkata, pihaknya bercadang untuk melabur di antara RM40 bilion hingga RM50 bilion bagi perbelanjaan modal (CAPEX) pada tahun ini disokong oleh harga minyak yang lebih tinggi.


Katanya, jumlah itu adalah sama seperti jumlah sebelum pandemik COVID-19 dan lebih tinggi daripada CAPEX pada tahun 2020 dan 2021.


Jelas beliau CAPEX tahun 2022 akan diperuntukan secara sama rata di antara operasi domestik dan antarabangsa kumpulan.


"Tahun lalu (2021), kumpulan membelanjakan CAPEX yang lebih rendah sebanyak RM30.5 bilion disebabkan oleh sekatan pergerakan akibat pandemik COVID-19. Ini menyebabkan banyak operasi kumpulan tidak dapat dijalankan dan menyebabkan penyaluran CAPEX menjadi perlahan.


"Berdasarkan kenaikan harga minyak, panduan CAPEX kami menunjukkan yang ia akan kembali kepada paras di antara RM40 bilion hingga RM50 bilion," katanya.

No comments:

Post a Comment

Understanding Air Turbulence and How Passengers Can Stay Safe

      AI image generated by : Mohd Ezli Mashut By : Mohd Ezli Mashut & ChatGPT ChatGPT can make mistakes. Check important info.  Introdu...