Monday, 18 November 2019

Sydney Dilanda Asap Bahaya, Kebakaran Makin Marak

Smoke haze across Sydney Harbour on Tuesday morning. More than 50 bushfires are still burning across NSW. Photograph: Jessica Hromas/The Guardian


SYDNEY: Angin kencang menyebabkan puluhan kebakaran berlaku di seluruh pantai timur Australia hari ini, menyelubungi Sydney dengan asap bahaya dan mendorong amaran kesihatan dikeluarkan untuk bandar raya paling padat itu.

Kebakaran hutan memusnahkan kawasan ladang dan semak seluas sejuta hektar sejak beberapa minggu lalu, disemarakkan dengan keadaan kering selepas tiga tahun kemarau yang disifatkan pakar diburukkan oleh perubahan iklim.

Angin kuat menyebabkan kira-kira 60 kebakaran yang menyala di seluruh New South Wales (NSW) dan pegawai berkata, asap yang menyelubungi Sydney diukur 10 kali melebihi paras bahaya di beberapa bahagian di bandar raya itu.

Perkhidmatan Bomba Pedalaman NSW (RFS) berkata, asap akan berlanjutan sepanjang hari ini apabila angin kencang memburukkan ancaman api di pantai timur Australia.

Jabatan kesihatan negeri berkata, penduduk perlu berada dalam rumah selama mungkin.

“Bagi kebanyakan orang, asap menyebabkan gejala sederhana seperti sakit mata, hidung dan tekak.

“Bagaimanapun, pesakit asma, emphysema dan angina lebih berkemungkinan terjejas kerana kesan asap,” kata Pengarah Kesihatan Alam Sekitar, Dr Richard Broom.

Kebakaran hutan di Australia adalah biasa dan membawa ancaman maut tetapi penularan awal bencana itu tahun ini sudah pun meragut empat nyawa dan memusnahkan lebih 300 rumah sejak minggu lalu.

Bomba berusaha keras mengukuhkan garisan kepungan, dengan suhu di seluruh pantai timur dijangka meningkat minggu ini. 

SUMBER: REUTERS

No comments:

Post a Comment

Understanding Air Turbulence and How Passengers Can Stay Safe

      AI image generated by : Mohd Ezli Mashut By : Mohd Ezli Mashut & ChatGPT ChatGPT can make mistakes. Check important info.  Introdu...