Thursday, 5 December 2019

Malaysia Airlines Perkenal Tambang Ulang-Alik Penerbangan Terus KL-Singapura

FOTO: Malaysia Airlines


KUALA LUMPUR, 6 DIS: Malaysia Airlines Bhd akan melancarkan pilihan tambang yang pertama untuk penumpang, dikenali sebagai tambang ulang-alik, bagi penerbangan terus antara Kuala Lumpur dan Singapura mulai 10 Disember 2019.

Dalam kenyataan hari ini, Malaysia Airlines berkata, tambang tersebut terbahagi kepada tiga struktur tambang – ‘Business Flex Shuttle’, ‘Economy Flex Shuttle’ dan ‘Economy Smart Shuttle’ – untuk membolehkan fleksibiliti dan kemudahan yang lebih baik untuk penumpang yang menaiki penerbangan terus antara Kuala Lumpur dan Singapura.

Katanya, tambang ulang-alik baharu itu akan menggantikan Business Flex, Economy Flex dan Economy Smart dalam laluan pergi balik Kuala Lumpur-Singapura.

“Tambang ulang-alik itu menawarkan pelbagai faedah, termasuk perubahan daripada jadual asal kepada penerbangan awal pada hari sama tanpa penalti, pengecualian fi untuk perubahan tarikh atau penerbangan dan kaunter daftar masuk ulang-alik yang khusus di Lapangan Terbang Antarabangsa KL dan Lapangan Terbang Changi, Singapura.

“Tambang ini turut termasuk elaun bagasi daftar masuk percuma sebanyak 40kg untuk Business Flex Shuttle, 35kg untuk Economy Flex Shuttle dan 30kg untuk Economy Smart Shuttle,” katanya.

Sempena dengan pengenalan ini, Malaysia Airlines akan memberi diskaun sehingga 20 peratus kepada tiga kategori tambang itu dari 10-27 Disember 2019, untuk perjalanan segera hingga 30 Jun 2020.

– BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Understanding Air Turbulence and How Passengers Can Stay Safe

      AI image generated by : Mohd Ezli Mashut By : Mohd Ezli Mashut & ChatGPT ChatGPT can make mistakes. Check important info.  Introdu...