Friday 6 December 2019

KOREA SELATAN DICENGKAM CUACA SEJUK MELAMPAU

FOTO SUMBER: BERNAMA

SEOUL, 6 Dis: Korea Selatan dicengkam cuaca sejuk melampau pada Jumaat pagi, lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan Pentadbiran Meteorologi Korea.

Suhu rendah pada sebelah pagi di Seoul ialah -10.6 darjah Celsius, paling rendah musim sejuk ini dan lebih rendah berbanding purata 30 tahun iaitu -1.8 darjah Celsius.

Suhu sejuk melanda seluruh negara termasuk Incheon ( -9 darjah Celsius), Cheorwon ( -15.6 darjah Celsius), Daejeon ( -9.6 darjah Celsius), Gwangju ( -4.9 darjah Celsius) dan Daegu ( -5.9 darjah Celsius).

Keadaan itu disebabkan oleh gabungan udara sejuk beku dari utara China dan penyejukan radiasi yang berlaku apabila udara berhampiran tanah didinginkan oleh permukaan bumi kehilangan haba akibat radiasi, menurut perkhidmatan cuaca.

Suhu dijangka meningkat melebihi sifar pada sebelah petang di kebanyakan tempat di negara itu kecuali di beberapa kawasan pergunungan, kata agensi tersebut.

SUMBER: BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Penggunaan Mesin Penuai Kawalan Jauh dan Robot dalam Penanaman dan Penuaian Padi

    AI image generated by : Mohd Ezli Mashut Oleh : Mohd Ezli Mashut & ChatGPT Pendahuluan Pertanian merupakan salah satu sektor penting...