Wednesday, 4 December 2019

'Mission Impossible' Pindahkan Emas 100 Tan Bernilai RM21.87 Bilion

Foto Sumber: SKYNEWS/ Pic: G4S


Jika sebelum ini, kita disajikan filem aksi dan misi rahsia ala hollywood dalam melaksanakan 'mission impossible' sekadar aksi lakonan namun realiti sebenar memang lebih daripada itu.

Pernahkan anda mendengar berita mengenai misi rahsia membawa jongkong emas seberat 100 tan? 

Jika ia berita itu hanya muncul selepas sahaja misi itu berjaya dilaksanakan.


Menurut laporan SKYNEWS sebanyak 8,000 jongkong emas seberat 100 tan berjaya pulang ke Poland secara rahsia pada 3 Disember 2019 lalu.


Misi rahsia untuk memindahkan jongkong emas bernilai 4 bilion pound (RM21.87 bilion) yang tersembunyi di London semasa Perang Dunia Kedua ke Poland berjaya diselesaikan.


BAGAIMANA MISI RAHSIA ITU DILAKSANAKAN?

Misi membawa keluar emas itu menggunakan pesawat, helikopter, lori dan polis pakar.


Menurut laporan Bloomberg, Kerajaan Poland mahu emas tersebut kembali bagi membuktikan kekuatan ekonomi negara itu.


Foto Sumber: SKYNEWS/ GS4

SEJAK BILA EMAS ITU DISIMPAN?


Rizab emas negara itu yang disimpan di Bank England sejak Perang Dunia Kedua telah dipindahkan semasa tercetusnya perang ditengah-tengah kebimbangan ia akan jatuh ke tangan Nazi.

MISI TERANCANG PENUH RAHSIA


Dalam perjalanan terakhir yang dibuat 22 November lalu, lori membawa 20 peti dipenuhi jongkong emas dipindahkan dari lokasi rahsia di barat London ke lapangan terbang tidak dinamakan.

Sejurus tiba di lapangan terbang, emas berkenaan diikat di dalam pesawat pengangkut Boeing 737 dan diterbangkan ke dua lokasi rahsia di Poland.

Peti emas diikat di dalam pesawat pengangkut Boeing 737 dan diterbangkan ke dua lokasi rahsia di Poland.

Setiap jongkong emas adalah mengikuti standard Bar London Good Delivery, yang beratnya 12.5kg setiap dan telah dicap dengan nombor siri dan penanda yang menunjukkan tempat mereka dihasilkan.

Polis elit kemudiannya memuatkan peti tersebut ke dalam tiga trak perisai sebelum dibawa ke bilik kebal di bank negara Poland di lokasi yang tidak didedahkan.

Apabila tiba di bank, ia dikira bagi memastikan tiada yang hilang.


Foto Sumber: SKYNEWS/ GS4


Firma keselamatan G4S International Logistics diberi tanggungjawab besar untuk memindahkan emas yang digambarkan sebagai salah satu pergerakan emas antara bank terbesar di dunia.

Gabenor bank negara Poland, Adam Glapinski menyifatkan misi itu berjaya dan semua jongkong emas itu kini berada di tempat selamat. 

Poland mengumumkan tahun lepas ia akan membeli 100 ton lagi emas, untuk memberi rangsangan rizab.

Menurut Bloomberg, negara itu mempunyai $ 121.9bn (£ 93.7bn) dalam rizab rasminya, termasuk emas, sehingga akhir Oktober 2019.

SUMBER BERITA & FOTO: SKYNEWS /GS4

No comments:

Post a Comment

Understanding Air Turbulence and How Passengers Can Stay Safe

      AI image generated by : Mohd Ezli Mashut By : Mohd Ezli Mashut & ChatGPT ChatGPT can make mistakes. Check important info.  Introdu...