Thursday 9 January 2020

Iran nafi pesawat Ukraine terkena peluru berpandu



DUBAI 10 JAN: Iran menafikan pada hari Khamis bahawa sebuah pesawat Ukraine yang terhempas berhampiran Tehran telah terkena peluru berpandu, jurucakap kerajaan Iran, Ali Rabiei dalam satu kenyataan, menurut TV negara.

"Semua laporan itu adalah perang psikologi terhadap Iran ... semua negara yang rakyatnya berada di dalam pesawat itu boleh menghantar wakil dan kami meminta Boeing menghantar wakilnya untuk menyertai proses penyiasatan kotak hitam."

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, pada Khamis mengatakan bahawa negaranya mempunyai perisikan dari pelbagai sumber yang menunjukkan bahawa pesawat Ukraine yang terhempas di luar Teheran itu secara tersilap ditembak oleh Iran.

"Kami mempunyai perisikan dari pelbagai sumber, termasuk sekutu dan perisikan kami sendiri. Bukti menunjukkan bahawa pesawat itu ditembak jatuh oleh peluru berpandu dari permukaan ke udara Iran," kata Trudeau kepada pemberita.

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson, pada Khamis turut mengatakan bahawa terdapat bukti bahawa pesawat Ukraine yang terhempas di Iran itu secara tidak sengaja terkena bedilan peluru berpandu dari permukaan ke udara.

Senada dengan kesimpulan oleh Amerika Syarikat dan Kanada, Johnson menyeru diadakan siasatan penuh yang telus terhadap kemalangan yang membunuh semua 176 orang di atas pesawat berkenaan termasuk empat warga Britain.

Sekarang terdapat satu maklumat yang mengatakan pesawat itu ditembak jatuh oleh peluru berpandu dari permukaan ke udara Iran. Ini mungkin tidak disengajakan," kata Johnson dalam satu kenyataan.

"United Kingdom terus menyeru semua pihak supaya segera menamatkan ketegangan di rantau berkenaan." -

 REUTERS/AFP

No comments:

Post a Comment

Penggunaan Mesin Penuai Kawalan Jauh dan Robot dalam Penanaman dan Penuaian Padi

    AI image generated by : Mohd Ezli Mashut Oleh : Mohd Ezli Mashut & ChatGPT Pendahuluan Pertanian merupakan salah satu sektor penting...