Thursday, 9 January 2020

Australia berdepan kebakaran ekstrim baharu, suhu meningkat

Credit:Getty Images


SYDNEY 10 JAN: Pihak berkuasa mengeluarkan amaran ‘kebakaran ekstrim’ di beberapa kawasan di Australia hari ini, susulan suhu tinggi dan angin tidak menentu yang dijangka menyebabkan kebakaran hutan di negara itu semakin marak, serta mungkin mencetuskan insiden baharu.

Seramai 27 individu terbunuh dan ribuan hilang tempat tinggal kesan kebakaran yang berlaku di kawasan seluas lebih 10.3 juta hektar, keluasan sama dengan Korea Selatan.

Beberapa bandar dan komuniti di kawasan tenggara negara itu yang padat dengan penduduk telah dinasihatkan untuk berada dalam keadaan berjaga-jaga dan berpindah jika perlu.

“Ini hari yang dinamik dan bahaya,” kata Pesuruhjaya Pengurusan Bencana Victoria, Andrew Crisp, ketika di mana beberapa amaran pemindahan dikeluarkan.

“Kami mengeluarkan amaran, mesej bertulis kepada 240,000 penduduk, secara umumnya di seluruh kawasan timur negara. Jika boleh, berpindahlah kerana kamu tidak sepatutnya berada di kawasan terpencil dan berhutan,” katanya kepada ABC News.

Suhu dijangka meningkat sehingga lebih 40 darjah Celsius di beberapa kawasan di Australia hari ini.

Larangan membakar turut dikenakan di 10 kawasan kejiranan di New South Wales, di mana api sudah memusnahkan 1,870 rumah.

Pihak berkuasa turut khuatir perubahan tiupan angin yang dijangka berlaku hari ini, akan memarakkan serta mengubah arah kebakaran.

Tiupan angin itu juga dijangka cukup kuat untuk diklasifikasikan sebagai ‘merosakkan’ dan dijangka melanda bandar Sydney, Melbourne dan Adelaide.

Kerajaan Australia ketika ini mengekalkan pendirian bahawa kebakaran teruk di negara itu tidak menunjukkan perkaitan dengan perubahan iklim. - 

SUMBER: REUTERS

No comments:

Post a Comment

Understanding Air Turbulence and How Passengers Can Stay Safe

      AI image generated by : Mohd Ezli Mashut By : Mohd Ezli Mashut & ChatGPT ChatGPT can make mistakes. Check important info.  Introdu...