Thursday, 9 January 2020

Pesawat Ukraine terbakar sebelum terhempas

Foto : FOX NEWS

DUBAI: Pesawat milik syarikat penerbangan Ukraine yang terhempas di barat daya Tehran dan membunuh semua 176 penumpang serta kru semalam, didapati terbakar sebelum menjunam, dedah laporan awal penyiasat Iran.

Pesawat Boeing 737-800 milik Ukrainian International Airlines yang dalam penerbangan ke Kiev dengan sebahagian besar penumpang adalah rakyat Iran dan Iran-Kanada itu, terhempas sejurus meninggalkan lapangan terbang Imam Khomeini.

Laporan Pertubuhan Penerbangan Awam Iran memetik kenyataan saksi di darat dan sebuah pesawat lain yang terbang pada altitud lebih tinggi serta melihat ia dijilat api sebelum terhempas.

Menurut laporan terbabit, pesawat berusia tiga tahun itu yang kali terakhir disenggara pada 6 Januari lalu, mengalami masalah teknikal sejurus berlepas dan cuba menuju ke lapangan terbang berhampiran sebelum terhempas.

Jenis masalah teknikal tidak disebut secara khusus dalam laporan berkenaan.

Pasukan keselamatan Kanada bagaimanapun berkata, wujud bukti satu daripada enjin pesawat berada dalam keadaan terlalu panas.

Sumber: FLIGHT RADAR24

Nahas berlaku beberapa jam selepas Iran melancarkan serangan peluru berpandu ke atas pasukan Amerika Syarikat (AS) di Iraq, sekali gus menimbulkan spekulasi ia ditembak.

Lima sumber keselamatan, tiga dari AS dan masing-masing seorang dari Kanada serta Eropah yang enggan dikenali memberitahu, penilaian awal agensi perisik Barat mendapati pesawat itu mengalami kerosakan teknikal, bukan kerana ditembak peluru berpandu.

Di Kiev, Presiden Volodymyr Zelenskiy berkata, kerajaan menimbangkan beberapa kemungkinan yang dilihat sebagai punca nahas.

Zelenskiy ketika membuat kenyataan di rangkaian televisyen, meminta orang ramai tidak menimbulkan spekulasi, teori konspirasi atau penilaian rambang mengenai tragedi terbabit.

Beliau turut mengisytiharkan hari ini sebagai tarikh berkabung untuk seluruh negara dan akan menghubungi presiden Iran ke arah menyegerakan kerjasama mengenal pasti punca kejadian. 

SUMBER: REUTERS

No comments:

Post a Comment

Understanding Air Turbulence and How Passengers Can Stay Safe

      AI image generated by : Mohd Ezli Mashut By : Mohd Ezli Mashut & ChatGPT ChatGPT can make mistakes. Check important info.  Introdu...