Tuesday 31 March 2020

COVID-19: Akhbar Australia Hentikan Edisi Cetak



SYDNEY: Syarikat media Australia yang dimiliki jutawan, Rupert Murdoch hari ini (1/4/2020)mengumumkan menghentikan penerbitan 60 akhbar serantau, berikutan kurang pengiklanan kerana penularan COVID-19.

Menurut syarikat itu, akhbar di New South Wales, Victoria, Queensland dan South Australia akan menghentikan cetakan, seterusnya beroperasi secara dalam talian.

Pengerusi Eksekutif News Corp Australasia, Michael Miller, berkata itu keputusan yang dibuat itu bukan mudah.

“Krisis coronavirus mencetuskan tekanan ekonomi yang belum pernah terjadi sebelum ini dan kita sedang lakukan sedaya mungkin untuk mengekalkan sebanyak mungkin pekerjaan.

“Penggantungan edisi cetak ini memberi tekanan kepada syarikat, susulan pendapatan pengiklanan yang terjejas teruk.

“Ia disumbangkan oleh larangan lelongan hartanah dan pemeriksaan kediaman termasuk penutupan tempat majlis serta larangan makan di restoran berpunca penularan coronavirus,” katanya.

Banyak syarikat media di negara itu mengambil keputusan untuk menumpukan perniagaan kandungan dalam talian sebelum pandemik bermula lagi.

Ia disusuli penutupan syarikat media, termasuk Agensi Berita Kebangsaan Australia ataupun AAP kerana pemberhentian operasi hujung tahun ini.

Apa yang berlaku itu umpama penyakit berjangkitan sehingga merebak dan mencetuskan trend ikutan seluruh dunia.

Sementara itu, di Amerika Syarikat (AS), penerbit terbesar akhbar di negara itu iaitu Gannet mengumumkan syarikat itu menawarkan cuti sementara yang tidak ditentukan dan pemotongan gaji bagi kakitangannya.

Kemerosotan pembaca, selain kebangkitan Google dan Facebook sebagai penggiat industri utama dalam industri pengiklanan secara langsung memberi kesan ketara kepada syarikat media tradisional. 

SUMBER: AFP

No comments:

Post a Comment

Penggunaan Mesin Penuai Kawalan Jauh dan Robot dalam Penanaman dan Penuaian Padi

    AI image generated by : Mohd Ezli Mashut Oleh : Mohd Ezli Mashut & ChatGPT Pendahuluan Pertanian merupakan salah satu sektor penting...