Tuesday, 31 March 2020

COVID-19: Kapal Pengangkut AS Rayu Bantuan Segera



WASHINGTON: Kapten kapal pengangkut Amerika Syarikat (AS), USS Theodore Roosevelt memberitahu Pentagon, jangkitan COVID-19 yang tersebar di atas kapal itu tidak mampu dikawal dan menggesa bantuan bagi mengkuarantin anak kapalnya.

Bagaimanapun, Setiausaha Pertahanan AS, Mark Esper, semalam mengetepi cadangan mengosongkan kapal itu seperti yang dilakukan ke atas kapal persiaran yang sebelum ini menyebarkan wabak COVID-19.

Kapten kapal berkenaan, Brett Crozier, berkata mereka memaklumkan tidak mampu untuk membendung penularan wabak COVID-19 di atas kapal yang memuatkan 4,000 anak kapal.

Beliau turut menggambarkan keadaan mereka ketika ini amat kritikal dan kini sedang berlabuh di wilayah AS, di Guam.

“Kami bukan berada dalam situasi peperangan. Jadi, anak kapal tidak sepatutnya mati.

“Penyebaran wabak ini terus berlaku dan semakin meningkat,” tulis Crozier, dan surat itu diterbitkan media San Francisco Chronicle semalam.

Terdapat beberapa spekulasi yang mengaitkan penyebaran jangkitan berkenaan bermula apabila kapal itu berlabuh di Vietnam. 

- AFP

No comments:

Post a Comment

Hyperloop 2040: The Future of Super-Fast Transportation

In the twenty-first century, the rapid advancement of technology has significantly transformed various sectors, including transportation. Am...