Kes Covid-19 di Australia meningkat |
SYDNEY: Negeri berpenduduk paling padat di Australia merekodkan peningkatan harian tertinggi kes baharu COVID-19 semalam.
Sehubungan itu, pihak berkuasa memberi amaran akan melaksanakan hukuman lebih berat terhadap sesiapa yang melanggar arahan mengasingkan diri.
(NSW) mengesahkan 149 kes baharu coronavirus dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan 818, manakala pada peringkat seluruh Australia terdapat 1,886 kes kes.
Perdana Menteri NSW, Gladys Berejiklian, berkata pandemik itu berada pada ‘tahap kritikal’ dan pihak berkuasa akan lebih tegas menguatkuasa perintah pengasingan diri.
Perdana Menteri Australia, Scott Morrison, dijadualkan menemui jawatankuasa kabinet khas menangani COVID-19 bagi membincangkan langkah seterusnya.
- REUTERS
No comments:
Post a Comment