NEWS | ECONOMY | TECHNOLOGY| INVESTMENT | GADGET | INNOVATION | FUTURISTIC | TIPS | INSURANCE | IT | IOT
Monday, 23 March 2020
Sentimen Perniagaan di Malaysia Merudum, Menjunam Ke Paras -21.52 Mata Peratus
KUALA LUMPUR: Sentimen perniagaan dalam kalangan syarikat Malaysia untuk suku kedua 2020 mencatat kejatuhan ketara lebih 30 mata peratus sekali gus menjunam ke wilayah negatif buat kali pertama sejak 2016, demikian mengikut kajian Dun & Bradstreet (D&B).
Menurut kajian itu, Indeks Keyakinan Perniagaan (BOI) Malaysia pada suku kedua 2020 menjunam ke paras -21.52 mata peratus berbanding +10.22 mata peratus pada suku sebelumnya.
Kali terakhir BOI menguncup ke bacaan negatif ialah pada suku keempat 2015 iaitu mencatatkan paras hampir -15.00 mata peratus.
Kajian BOI itu mewakili enam petunjuk perniagaan iaitu jumlah jualan, untung bersih, harga jualan, paras inventori, pekerja dan perintah baharu.
Ketua Pegawai Eksekutif Dun & Bradstreet (Malaysia) Sdn Bhd, Audrey Chia, berkata semua enam petunjuk itu pada suku kedua 2020 telah jatuh, termasuk untung bersih merosot daripada +11.11 mata peratus pada suku pertama 2020 kepada -40.20 mata peratus.
Katanya, jumlah jualan juga menjunam dari +8.70 mata peratus pada suku pertama 2020 kepada -27.84 mata pada suku kedua 2020.
“Harga jualan jatuh dari +10.14 mata peratus pada S1 2020 kepada -10.31 mata peratus. Perintah baharu pula jatuh kepada -26.80 mata peratus.
“Paras inventori kekal menguncup daripada -1.93 mata pada suku pertama 2020 kepada -20.62 mata pada suku kedua 2020. Paras pekerja juga merosot kepada -5.21 mata,” katanya dalam kenyataan.
Mengulas lanjut, Chia berkata, sentimen dalam kalangan firma Malaysia menjunam ke paras rendah baharu disebabkan oleh peningkatan kes COVID-19 baru-baru ini.
Katanya, pihaknya menjangkakan prospek yang semakin lembap itu berterusan pada suku kedua dan ketiga tahun ini memandangkan pemulihan jangka pendek yang berpotensi dalam sektor yang paling teruk terjejas seperti perkhidmatan dan pengangkutan kelihatan sukar.
“Bagaimanapun, kita mungkin dapat melihat beberapa petunjuk pemulihan ekonomi sebaik sahaja kes-kes aktif mula memuncak di seluruh dunia. Memandangkan perkembangan buruk ini, kami telah mengurangkan unjuran pertumbuhan 2020 kepada 4.0 peratus,” katanya.
SUMBER: BH ONLINE/24 MAC 2020
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Understanding Air Turbulence and How Passengers Can Stay Safe
AI image generated by : Mohd Ezli Mashut By : Mohd Ezli Mashut & ChatGPT ChatGPT can make mistakes. Check important info. Introdu...
-
AI image generated by : Mohd Ezli Mashut By : Mohd Ezli Mashut & ChatGPT Introduction: In today's digital age, the demand for AI...
-
AI image generated by : Mohd Ezli Mashut By : Mohd Ezli Mashut & ChatGPT ChatGPT can make mistakes. Check important info. Introdu...
-
AI image generated by : Mohd Ezli Mashut By : Mohd Ezli Mashut & ChatGPT Introduction Climate change is no longer a distant threa...
No comments:
Post a Comment