Tuesday, 7 April 2020

COVID-19: LinkedIn Tawar Hantaran Kerja Kosong Percuma Jawatan Kritikal



Rangkaian Profesional Global, LinkedIn, menawarkan hantaran percuma untuk iklan kerja kosong kepada syarikat penjagaan kesihatan, badan bantuan bencana tanpa keuntungan, pasar raya, penghantaran barangan dan gudang penyimpanan, bagi membantu mempercepatkan proses pengambilan pekerja barisan hadapan kritikal, bagi memerangi COVID-19.

LinkedIn dalam satu kenyataan menyatakan, tawaran ini membolehkan sektor terbabit mengiklankan pekerjaan baru kritikal secara percuma, untuk tempoh tiga bulan sehingga 30 Jun, supaya mereka dapat mencari dan mengambil pekerja bagi memenuhi keperluan yang mendesak.

Pengarah Urusan dan Naib Presiden Asia Pasific dan China Oliver Legrand berkata, pandemik global itu telah menghalang ekonomi dan juga pekerjaan pada tahap yang tinggi, oleh sebab itu lebih banyak pertolongan diperlukan untuk mengisi kerja kosong dalam lingkungan organisasi barisan hadapan.


“LinkedIn akan membantu organisasi ini dan menghubungkan mereka dengan profesional dengan skil yang diperlukan, selain sukarelawan yang berminat untuk membantu.

“Ini merupakan beberapa cara yang kami boleh bantu, dan kami komited untuk mengenal pasti cara baharu dalam membantu komuniti,” katanya.


Selain itu, dalam membantu pelanggan kakitangan penjagaan kesihatannya, LinkedIn juga menawarkan capaian kepada ‘LinkdIn Talent Insights’ untuk tiga bulan, membolehkan firma tersebut mencapai data masa nyata dan maklumat berkaitan bakat, yang ada di pasaran. 

LinkedIn juga telah membesarkan program ‘Recruiting For Good’nya untuk mengerakkan pasukan pengambil kerjanya, bagi membantu mencari dan menapis bakat untuk organisasi barisan hadapan, supaya organisasi terbabit dapat mengisi pekerjaan penting dan juga sukarelawan.

SUMBER: BERNAMA/ 7 APRIL 2020

No comments:

Post a Comment

Understanding Air Turbulence and How Passengers Can Stay Safe

      AI image generated by : Mohd Ezli Mashut By : Mohd Ezli Mashut & ChatGPT ChatGPT can make mistakes. Check important info.  Introdu...