NEWS | ECONOMY | TECHNOLOGY| INVESTMENT | GADGET | INNOVATION | FUTURISTIC | TIPS | INSURANCE | IT | IOT
Friday, 12 June 2020
Harga Kereta Toyota, Lexus Turun Hingga 6 Peratus
UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT), pengedar model Toyota dan Lexus di Malaysia mengumumkan pengurangan harga sehingga enam peratus.
Ia susulan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai pengecualian cukai jualan sepenuhnya bagi model pemasangan tempatan (CKD) dan 50 peratus untuk model import sepenuhnya (CBU) bermula 15 Jun hingga 31 Disember 2020 ketika membentangkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), Jumaat lalu.
UMWT menjadi syarikat ketiga selepas Perusahaan Otomobil Kedua Sdn (PERODUA) dan Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengumumkan harga baharu.
Presiden UMWT, K Ravindran, berkata pengurangan harga yang ditawarkan syarikat itu menjadikan kenderaan Toyota lebih mampu milik.
"Pelanggan perlu mengambil peluang ini untuk menaik taraf atau membeli kereta baharu.
"Semua pengecualian daripada struktur cukai baharu menjadi cerminan kepada harga baharu dan saya berpendapat dapat menarik minat pelanggan kami.
"Perubahan harga berbeza antara barisan model CKD dan CBU," katanya dalam satu kenyataan.
Ravindran berkata, selain pengurangan harga UMWT turut menawarkan rebat dan promosi bulanan.
Ia membabitkan penjimatan tambahan dari RM1,260 hingga RM6,800 bagi model Toyota.
INFO
Senarai harga atas jalan kereta Toyota:
Vios
* 1.5J A/T - RM76,101 (tidak termasuk penjimatan tambahan RM6,800 - Promosi Jun untuk stok 2020)
* 1.5E A/T - RM80,074 (tidak termasuk penjimatan tambahan RM5,800 - Promosi Jun untuk stok 2020)
* 1.5G A/T - RM86,132 (tidak termasuk penjimatan tambahan RM5,800 - Promosi Jun untuk stok 2020)
Yaris
* 1.5J A/T - RM69,576 (tidak termasuk penjimatan tambahan RM3,950 - Promosi Jun untuk stok 2020)
* 1.5E A/T - RM75,479 (tidak termasuk penjimatan tambahan RM4,300 - Promosi Jun untuk stok 2020)
* 1.5G A/T - RM82,475 (tidak termasuk penjimatan tambahan RM4,300 - Promosi Jun untuk stok 2020)
Fortuner
* 2.4 AT 4x4 - RM162,178 (tiada penjimatan untuk Promosi Jun bagi stok 2020)
* 2.4 VRZ AT 4x4 - RM184,431 (tidak termasuk penjimatan tambahan RM4,600 - Promosi Jun untuk stok 2020)
* 2.7 SRZ AT 4x4 - RM172,523 (tidak termasuk penjimatan tambahan RM4,600 - Promosi Jun untuk stok 2020)
Innova
* 2.0E A/T - RM110,034 (tiada penjimatan untuk Promosi Jun bagi stok 2020)
* 2.0G A/T - RM117,364 (tidak termasuk penjimatan tambahan RM4,600 - Promosi Jun untuk stok 2020)
* 2.0X A/T - RM127,126 (tidak termasuk penjimatan tambahan RM4,600 - Promosi Jun untuk stok 2020)
Rush
* 1.5G A/T - RM88,314 (tiada penjimatan untuk Promosi Jun bagi stok 2020)
* 1.5S A/T - RM91,885 (tiada penjimatan untuk Promosi Jun bagi stok 2020)
Camry
* 2.5V A/T - RM188,763 (tiada penjimatan untuk Promosi Jun bagi stok 2020)
Vellfire
* 2.5 - RM367,881 (tidak termasuk penjimatan tambahan RM3,000 - Promosi Jun untuk stok 2020)
Alphard
* 3.5 - RM446,609 (tidak termasuk penjimatan tambahan RM3,000 - Promosi Jun untuk stok 2020)
Corolla
* 1.8E A/T - RM123,972 (tiada penjimatan untuk Promosi Jun bagi stok 2020)
* 1.8G A/T - RM134,505 (tidak termasuk penjimatan tambahan RM1,950 - Promosi Jun untuk stok 2020)
C-HR
* 1.8L A/T - RM144,336 (tiada penjimatan untuk Promosi Jun bagi stok 2020)
Avanza
* 1.5E A/T - RM77,963 (tiada penjimatan untuk Promosi Jun bagi stok 2020)
* 1.5S A/T - RM80,849 (tiada penjimatan untuk Promosi Jun bagi stok 2020)
* 1.5S+ A/T - RM84,849 (tiada penjimatan untuk Promosi Jun bagi stok 2020)
RAV4
* 2.0 A/T - RM196,436 (tiada penjimatan untuk Promosi Jun bagi stok 2020)
* 2.5 A/T - RM215,665 (tiada penjimatan untuk Promosi Jun bagi stok 2020)
Harrier
* 2.0T Premium - RM234,510 (tiada penjimatan untuk Promosi Jun bagi stok 2020)
* 2.0T Luxury - RM256,396 (tidak termasuk penjimatan tambahan RM1,260 - Promosi Jun untuk stok 2020)
Hiace
* Panel Van 2.5 Turbo Diesel - RM98,000 (tiada penjimatan untuk Promosi Jun bagi stok 2020)
Hilux
* S/CAB 2.4 MT 4x4 - RM90,000 (tiada penjimatan untuk Promosi Jun bagi stok 2020)
* D/CAB 2.4 STD MT 4x4 - RM100,000 (tiada penjimatan untuk Promosi Jun bagi stok 2020)
* D/CAB 2.4G MT 4x4 - RM110,000 (tiada penjimatan untuk Promosi Jun bagi stok 2020)
* D/CAB 2.4G AT 4x4 - RM118,100 (tidak termasuk penjimatan tambahan RM6,085 - Promosi Jun untuk stok 2020)
* D/CAB 2.4 L-Edition AT 4x4 - RM124,888 (tidak termasuk penjimatan tambahan RM6,085 - Promosi Jun untuk stok 2020)
* D/CAB 2.8 Black Edition AT 4x4 - RM139,888 (tidak termasuk penjimatan tambahan RM5,585 - Promosi Jun untuk stok 2020)
Lexus
* UX 200
- F SPORT - RM289,364
- Luxury - RM274,027
- Urban - RM235,472
* NX 300
- F SPORT - RM336,019
- Premium - RM321,85
- Urban - RM303,117
* ES250
- Luxury - RM320,510
- Premium - RM288,663
* RX 300
- F SPORT - RM424,187 (sah sehingga 31 Januari 2021)
- Luxury - RM409,786
- Premium - RM385,307
* LS 500
- Executive (Kiriko Glass) - RM1,311,508
- Luxury - RM1,012,692
* LC 500
- Sport++ - RM1,205,217
SUMBER: BH ONLINE
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Understanding Air Turbulence and How Passengers Can Stay Safe
AI image generated by : Mohd Ezli Mashut By : Mohd Ezli Mashut & ChatGPT ChatGPT can make mistakes. Check important info. Introdu...
-
AI image generated by : Mohd Ezli Mashut By : Mohd Ezli Mashut & ChatGPT Introduction: In today's digital age, the demand for AI...
-
AI image generated by : Mohd Ezli Mashut By : Mohd Ezli Mashut & ChatGPT ChatGPT can make mistakes. Check important info. Introdu...
-
AI image generated by : Mohd Ezli Mashut By : Mohd Ezli Mashut & ChatGPT Introduction Climate change is no longer a distant threa...
No comments:
Post a Comment