NEWS | ECONOMY | TECHNOLOGY| INVESTMENT | GADGET | INNOVATION | FUTURISTIC | TIPS | INSURANCE | IT | IOT
Friday, 12 June 2020
Nilai Jualan Dalam Talian Melonjak 28.9 Peratus Pada April 2020
Jualan runcit dalam talian Malaysia melonjak 28.9 peratus pada April 2020, walaupun jumlah nilai jualan perdagangan borong dan runcit merosot 36.6 peratus berbanding bulan sama pada tahun sebelumnya.
Jabatan Perangkaan Malaysia dalam kenyataannya berkata, peningkatan jualan runcit dalam talian menunjukkan pengembangan dalam aktiviti e-dagang di negara ini.
Mengenai kemerosotan nilai jualan perdagangan borong dan runcit pada April 2020, Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, kejatuhan terbesar dicatatkan oleh segmen kenderaan bermotor yang merudum 93.2 peratus disebabkan jualan kenderaan bermotor merosot 93.7 peratus.
"Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa mulai 18 Mac 2020, pusat jualan dan bilik pameran kenderaan tidak dibenarkan beroperasi yang telah menjejaskan jualan kenderaan kepada pengguna," katanya.
Mohd Uzir berkata, industri lain dalam subsektor ini juga jatuh dengan signifikan iaitu Jualan Komponen & Aksesori sebanyak -91.4 peratus, Pembaikan & Penyelenggaraan (-93.6 peratus) dan Jualan, Pembaikan & Jualan Komponen & Aksesori Motosikal (-94.9 peratus).
Mengenai perdagangan runcit bagi April 2020, katanya, jualan susut 32.4 peratus bagi perbandingan tahun ke tahun berikutan pelaksanaan PKP menyebabkan kebanyakan industri dalam perdagangan runcit mencatatkan pertumbuhan negatif.
Beliau berkata, perdagangan borong turut merosot 26.3 peratus dalam tempoh sama, menerima impak daripada gangguan dalam rangkaian penawaran dan permintaan di peringkat domestik dan global berikutan COVID-19.
"Bagaimanapun, industri berkaitan makanan iaitu jualan borong makanan, minuman dan tembakau serta jualan borong bahan mentah pertanian dan haiwan hidup, masih mencatatkan pertumbuhan positif yang marginal," katanya.
Bagi prestasi perdagangan borong dan runcit berbanding bulan lalu, katanya nilai jualan susut 35.2 peratus.
Mengenai prospek, Mohd Uzir menjangka indeks jualan dan volum perdagangan borong dan runcit akan menyaksikan prestasi yang lebih baik berikutan kerajaan sudah melonggarkan PKP dengan membenarkan sebahagian besar sektor ekonomi kembali beroperasi sepenuhnya, di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
SUMBER: BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Understanding Air Turbulence and How Passengers Can Stay Safe
AI image generated by : Mohd Ezli Mashut By : Mohd Ezli Mashut & ChatGPT ChatGPT can make mistakes. Check important info. Introdu...
-
AI image generated by : Mohd Ezli Mashut By : Mohd Ezli Mashut & ChatGPT Introduction: In today's digital age, the demand for AI...
-
AI image generated by : Mohd Ezli Mashut By : Mohd Ezli Mashut & ChatGPT ChatGPT can make mistakes. Check important info. Introdu...
-
AI image generated by : Mohd Ezli Mashut By : Mohd Ezli Mashut & ChatGPT Introduction Climate change is no longer a distant threa...
No comments:
Post a Comment