Tuesday, 25 May 2021

Gara-Gara Seorang Positif COVID-19, Satu Stadium Kena Kuarantin Kendiri


 Medical staff conduct Covid testing at a drive-through site in Melbourne on Wednesday as the total number of infections in the city’s cluster rose to 15. The MCG, sites in regional Victoria and more cafes have been added to the list of exposure sites. Photograph: Darrian Traynor/Getty Images


MELBOURNE: Ribuan peminat bola sepak Australia yang menyaksikan pertandingan di Melbourne Cricket Ground Ahad lalu diarah menjalani ujian COVID-19 dan melakukan kuarantin kendiri.

Agensi Berita AFP pada 26 Mei melaporkan ia berikutan seorang penonton yang dijangkiti turut menghadiri perlawanan antara Collingwood dan Port Adelaide, bersama lebih 23,000 penonton di Melbourne.

Melbourne berusaha mengekang wabak yang semakin meningkat, dengan 15 kes disahkan setakat ini.

Australian Football League (AFL) berkata beribu-ribu peminat yang berada dekat kes positif itu diminta mengasingkan diri sehingga disahkan negatif.

Pada masa sama, pegawai kesihatan sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk menentukan siapa lagi yang mungkin berisiko.

Stadium itu adalah antara dikunjungi ramai kes positif, menyebabkan pegawai kesihatan negeri bertungkus lumus menguji dan mengesan di seluruh negeri dengan lima juta penduduk itu, yang berdepan perintah berkurung empat bulan selepas wabak tahun lalu.

Perlawanan AFL yang dijadualkan di Melbourne untuk hujung minggu lalu dibenarkan berlangsung dengan kapasiti sehingga 85 peratus, tetapi kerajaan masih melarang acara umum.

"Kami prihatin dengan jumlah serta lokasi yang terdedah dan 24 jam seterusnya akan menjadi kritikal jika kita hendak melakukan perubahan," kata pemangku Ketua Menteri Victoria, James Merlino.

Sebarang perhimpunan dilarang dan pelitup muka diwajibkan di tempat tertutup semalam, ketika kluster wabak semakin meningkat.

Victoria tidak mencatatkan kes tempatan selama kira-kira tiga bulan sebelum kes terbaru dikesan, dipercayai berkaitan dengan pengembara yang pulang dari luar negara dan dijangkiti ketika berada di hotel kuarantin.

Ia berjaya membendung penyebaran jangkitan, sebahagiannya melalui kawalan sempadan yang ketat yang mengehadkan penerbangan dari luar negara serta mewajibkan kebanyakan pelancong mengasingkan diri selama 14 hari selepas ketibaan. 

Sumber: AFP/26 MEI 2021

No comments:

Post a Comment

Understanding Air Turbulence and How Passengers Can Stay Safe

      AI image generated by : Mohd Ezli Mashut By : Mohd Ezli Mashut & ChatGPT ChatGPT can make mistakes. Check important info.  Introdu...