Tuesday, 25 May 2021

MR D.I.Y. Kini Antara 20 Syarikat Terbesar Bursa Malaysia

    Foto: SG.Magazine.com


BISNES | MR D.I.Y. Group (M) Bhd (MR D.I.Y.) dijangka bakal menggantikan Supermax Corporation Bhd dalam komponen indeks FBM KLCI.

Menurut CGS-CIMB dalam satu nota strategi, berdasarkan penilaiannya terhadap data pasaran setakat ini, MR D.I.Y. meningkat untuk berada di tempat ke-20 dari segi kedudukan permodalan pasaran.

Katanya, ia sekali gus menepati syarat untuk membolehkan syarikat peruncit perkakasan rumah itu dimasukkan ke dalam komponen indeks KLCI buat kali pertama.

"Justeru, analisis kami mencadangkan yang ia akan dimasukkan ke dalam KLCI pada semakan akan datang, menggantikan Supermax Corp, yang merekodkan permodalan pasaran paling rendah dalam kalangan 30 konstituen KLCI setakat 24 Mei 2021.

"Keputusan semakan semula KLCI ialah pada 3 Jun ini dan perubahan komponen indeks ini akan berkuat kuasa pada 21 Jun. Semakan ini akan menggunakan data pasaran pada akhir penutupan 24 Mei lalu," katanya.

Syarat dalam indeks FTSE Bursa Malaysia menyatakan bahawa sekuriti boleh dimasukkan ke dalam FBM KLCI sewaktu tempoh semakan jika permodalan pasarannya meningkat ke kedudukan ke-25 atau ke atas.

Selain itu, mana-mana sekuriti akan dikeluarkan sewaktu tempoh semakan jika ia jatuh ke kedudukan ke-36 atau ke bawah.

Supermax Corp mula dimasukkan ke dalam komponen indeks KLCI berkuatkuasa 20 Disember 2020, menggantikan KLCCP Stapled Group.

MR D.I.Y. membuat penampilan sulung di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 26 Oktober tahun lalu pada harga tawaran RM1.60 sesaham.

Sejak penyenaraiannya itu, saham syarikat berkenaan telah melonjak lebih 170 peratus dengan paras tertinggi pernah dicapai ialah pada RM4.38 pada 7 April lalu.

Setakat jam 2 petang pada 25 Mei, sahamnya diniagakan pada RM3.93 sesaham dengan permodalan pasaran RM24 bilion.


SUMBER: BH ONLINE/25 MEI 2021

No comments:

Post a Comment

Understanding Air Turbulence and How Passengers Can Stay Safe

      AI image generated by : Mohd Ezli Mashut By : Mohd Ezli Mashut & ChatGPT ChatGPT can make mistakes. Check important info.  Introdu...