Wednesday, 9 March 2022

Kripto Tidak Diiktiraf Mata Wang Sah Diperlakukan Di Malaysia - Menteri

 Sumber Grafik: CNBC

KEWANGAN | WANG DIGITAL | Kripto tidak diiktiraf sebagai mata wang yang sah diperlakukan di Malaysia, dan bukan instrumen pembayaran dikawal selia Bank Negara Malaysia (BNM), kata Menteri Kewangan.


Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat pada 10 Mac 2022/Khamis berkata aset digital seperti Bitcoin dan Ethereum tidak sesuai digunakan sebagai instrumen pembayaran kerana ia tidak menunjukkan ciri universal wang.


"Secara umum, aset digital bukan penyimpan nilai dan medium pertukaran yang baik. Ini disebabkan keadaan aset digital yang terdedah kepada turun naik harga tidak menentu akibat pelaburan spekulatif, risiko kecurian akibat ancaman siber dan kekurangan dari segi boleh skala.


"Memandangkan teknologi pembayaran dan landskap aset digital semakin berkembang, pihak BNM sedang menilai secara aktif potensi mata wang digital bank pusat (CBDC), termasuk teknologi lejar teragih (DLT) untuk mencapai objektif dasar awam," katanya.


Beliau berkata demikian dalam jawapan lisan kepada soalan June Leow Hsiad Hui (PAKATAN HARAPAN-Hulu Selangor) di Parlimen, mengenai kesediaan kerajaan mengiktiraf mata wang kripto dan platform 'non-fungible tokens' (NFTs) yang sedang melonjak naik secara global serta kesediaan kerajaan untuk mengaplikasikannya di negara ini.


Tengku Zafrul menjelaskan, BNM sudah memulakan kajian CBDC berbilang tahun melalui pembuktian konsep (POC).


katanya sebagai contoh, BNM sedang bekerjasama dengan Bank for International Settlements Innovation Hub dan bank pusat di Australia, Singapura serta Afrika Selatan menerusi Projek Dunbar untuk mengkaji potensi CBDC bagi menambah baik pembayaran rentas sempadan.

No comments:

Post a Comment

Understanding Air Turbulence and How Passengers Can Stay Safe

      AI image generated by : Mohd Ezli Mashut By : Mohd Ezli Mashut & ChatGPT ChatGPT can make mistakes. Check important info.  Introdu...