Wednesday, 9 March 2022

Maybank Tawar Terus Bantu Pelanggan Hadapi Kesan Pandemik, Ekonomi


    Logo: MAYBANK


KEWANGAN | Malayan Banking Bhd (Maybank) terus menawarkan sokongan kepada pelanggan masih belum pulih daripada kesan pandemik di bawah program Bantuan Pembayaran Balik Maybank untuk pelanggan individu, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan bukan runcit.


Dalam kenyataan media pada 9 Mac 2022, bank itu berkata fokusnya bagi menyesuaikan sokongan kewangan untuk pelanggan memerlukan dan membantu membina semula daya tahan mereka dengan menyesuaikan diri dan beroperasi dalam normal baharu, selaras dengan misinya iaitu Menginsankan Perkhidmatan Kewangan.


Maybank menyatakan bahawa Bantuan Pembayaran Balik Maybank tersedia untuk semua pelanggan individu yang mengalami kehilangan pekerjaan atau sekurang-kurangnya 50 peratus pengurangan dalam pendapatan, serta pelanggan PKS dan bukan runcit yang mengalami penurunan dalam hasil.


Ia menjelaskan pelanggan terjejas mesti memenuhi beberapa kriteria iaitu tidak di bawah program bantuan pembayaran balik sedia ada pada tarikh permohonan; yang pinjaman/pembiayaannya masih berbayar (tidak tertunggak melebihi 90 hari); serta pinjaman/pembiayaan yang telah dikeluarkan pada atau sebelum 30 September 2021.


"Pelanggan individu mengalami kehilangan pekerjaan dan memenuhi semua kriteria kelayakan lain boleh memilih penangguhan pembayaran selama enam bulan, diikuti dengan pengurangan ansuran sebanyak 50 peratus selama sembilan bulan untuk pinjaman/pembiayaan mereka.


"Manakala, mereka yang mengalami pengurangan pendapatan sebanyak 50 peratus dan memenuhi semua kriteria kelayakan lain boleh meminta pengurangan ansuran sebanyak 50 peratus selama enam bulan untuk pinjaman/pembiayaan mereka. Pilihan serupa juga tersedia untuk pelanggan PKS," kata Maybank.


"Selain itu, pelanggan yang mengalami pengurangan 50 peratus dalam pendapatan dan mempunyai baki tertunggak pada Kad Kredit/Kad Kredit-i, mereka juga boleh memilih untuk menukarnya kepada program ansuran selama 36 bulan," kata Maybank.


Bank itu berkata, pelanggan yang berminat untuk memohon Bantuan Pembayaran Balik Maybank boleh berbuat demikian dengan melayari halaman Bantuan Pembayaran Balik COVID-19 Maybank2u di www.maybank2u.com.my/covid19 untuk senarai dokumen sokongan yang diperlukan.


"Sebagai alternatif, mereka juga boleh memohon dengan mengunjungi cawangan Maybank atau pusat berkaitan," tambahnya.


Bank itu menyatakan program Bantuan Pembayaran Balik Maybank melengkapkan Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS) sedia ada kepada pelanggan individu kumpulan berpendapatan 50 peratus terendah (B50) sehingga 31 Mac 2022.


Mereka terjejas banjir teruk dan menerima Bantuan Sokongan Banjir juga boleh memohon URUS sehingga 31 Julai 2022 atau selepas tamat tempoh program Bantuan Sokongan Banjir mereka, yang mana terdahulu.

No comments:

Post a Comment

Understanding Air Turbulence and How Passengers Can Stay Safe

      AI image generated by : Mohd Ezli Mashut By : Mohd Ezli Mashut & ChatGPT ChatGPT can make mistakes. Check important info.  Introdu...