TEKNOLOGI | MIMOS, Maxis dan Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd (Huawei Malaysia) bekerjasama membina Hab Inovasi 5G dan Kecerdasan Buatan (AI) bagi membantu mempercepatkan kes penggunaan industri digerakkan 5G, Internet Kebendaan (IoT), pengkomputeran awan dan AI.
Hab terletak di MIMOS itu pabila beroperasi sepenuhnya bakal menjadi tapak ujian penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta inkubator upenyelesaian inovatif, sekali gus memberi akses kepada perusahaan untuk menggunakan infrastruktur dan kemudahan diupayakan teknologi canggih.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MIMOS dalam kenyataan media pada 10 Mac 2022/Khamis berkata aktiviti R&D MIMOS yang dipacu pasaran tertumpu kepada melahirkan peserta teknologi tempatan mampu menghasilkan penyelesaian bagi memenuhi keperluan pasaran, selain mempunyai potensi eksport untuk masa depan.
"Adalah penting bagi Malaysia untuk menjadi sebuah tempat yang boleh menghasilkan penyelesaian inovatif AI dan 5G secara global.
"Dengan ekosistem inovasi yang kukuh, ia dapat menyediakan lebih banyak peluang kepada industri," kata , Dr Iskandar Samad.
Ketua Pegawai Eksekutif Maxis berkata syarikat telekomunikasi itu sentiasa komited untuk menyokong agenda digital negara.
Gokhan Ogut berkata kerjasama itu penting untuk merungkai potensi besar teknologi canggih yang boleh digunakan oleh industri.
"Dengan berbekalkan kepimpinan dalam rangkaian, perkhidmatan digital dan penyelesaian keterhubungan, kami akan bersama-sama membawa teknologi terbaik untuk membolehkan orang ramai, perusahaan dan negara sentiasa berada di hadapan dalam dunia yang sentiasa berubah," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Malaysia berkata sebagai penyedia infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) global dan peranti pintar terkemuka serta dengan pengalaman yang luas dalam 5G, pengkomputeran awan dan AI, Huawei akan menyediakan infrastruktur, berkongsi pengetahuan dan khidmat nasihat mengenai amalan terbaik.
"Kami terbukti mempunyai kepakaran dalam bidang ini dengan bilangan kes penggunaan komersial terbanyak di peringkat serantau dan global. Kami beriltizam untuk membawa pengalaman ini ke Malaysia," katanya.
Michael Yuan menjelaskan hab itu juga akan membolehkan rakan kongsi dalam ekosistem tempatan menggunakan teknologi 5G, AI dan pengkomputeran awan.
"Kerjasama ini mengukuhkan komitmen kami ke arah inovasi bersama dan berharap dapat terus bekerjasama dengan rakan strategik dalam berinovasi untuk memajukan ekonomi digital Malaysia," katanya.
No comments:
Post a Comment