Thursday 10 March 2022

Untung Bermaz Auto Melonjak 23 Peratus Kepada RM40.71 Juta


  Foto: Bermaz Auto Bhd


AUTOMOTIF | Untung bersih Bermaz Auto Bhd melonjak 23 peratus kepada RM40.71 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Januari 2022 daripada RM33.08 juta dalam tempoh yang sama tahun 2021, sejajar dengan peningkatan dalam hasil.


Hasilnya meningkat kepada RM623.13 juta berbanding RM597.98 juta, terutama disebabkan oleh perubahan dalam campuran jualan daripada operasi Mazda, Peugeot dan Kia kumpulan itu.


Bermaz Auto dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada 10 Mac 2022 menyifatkan keputusan memberangsangkan bagi suku ditinjau disebabkan pengecualian cukai jualan semasa ke atas kenderaan, pelonggaran perintah kawalan pergerakan dan pembukaan semula pelbagai sektor ekonomi.


"Itu membantu meningkatkan keyakinan pengguna dan meningkatkan trafik ke bilik pameran untuk mendapatkan jualan yang lebih baik," katanya .


Bermaz Auto juga mengisytiharkan dividen interim satu peringkat ketiga sebanyak 2.25 sen sesaham, yang perlu dibayar pada 5 Mei 2022.


Bagi tempoh sembilan bulan terkumpul berakhir 31 Januari 2022, keuntungan bersih syarikat meningkat kepada RM77.02 juta daripada RM67.12 juta, manakala hasil merosot kepada RM1.43 bilion berbanding RM1.65 bilion sebelumnya.


Melangkah ke hadapan, Bermaz Auto berkata, pihaknya berhati-hati mengenai prospek sektor automotif dan menjangkakan sektor itu kekal mencabar pada 2022 berikutan penularan varian Omicron baharu yang tidak dapat diramalkan, yang pastinya akan memberi kesan kepada pemulihan keseluruhan ekonomi negara.


"Pelancaran model baharu dan/atau yang ditambah baik untuk jenama sedia ada kumpulan - Mazda, Peugeot dan Kia - masih sangat bergantung kepada sentimen pasaran dan keadaan ekonomi ketika itu," katanya.


Bagaimanapun, ia berkata berdasarkan perkara tersebut dan pengecualian cukai jualan semasa yang akan diteruskan sehingga Jun 2022, pengarah menjangkakan prestasi kumpulan itu kekal memberangsangkan bagi suku akhir tahun kewangan berakhir 30 April 2022.

No comments:

Post a Comment

Penggunaan Mesin Penuai Kawalan Jauh dan Robot dalam Penanaman dan Penuaian Padi

    AI image generated by : Mohd Ezli Mashut Oleh : Mohd Ezli Mashut & ChatGPT Pendahuluan Pertanian merupakan salah satu sektor penting...