Sunday 6 March 2022

Public Bank Bantu 438,000 Peminjam Terjejas Babit RM83 Bilion Pada 2021

Logo: Public Bank


PERBANKAN | Seramai 438,000 pelangan menerima bantuan dalam bentuk pembayaran balik daripada Public Bank Bhd membabitkan jumlah pinjaman RM83 bilion pada tahun 2021 ekoran kesan pandemik Covid-19.



Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya dalam kenyataan media pada 7 Mac 2022/Isnin berkata inisiatif dilaksanakan kumpulan itu bagi membantu pelanggan menangani beban hutang mereka.


Tan Sri Tay Ah Lek berkata Public Bank sentiasa membantu pelanggannya bagi memastikan mereka yang memerlukan bantuan kewangan menerima pertolongan.


"Public Bank turut mewujudkan pelbagai saluran libat urus, seperti platform digital dan talian meja bantuan bagi menyediakan maklumat bantuan pembayaran balik khas yang disediakan," katanya.


Ah Lek berkata, bantuan pembayaran balik itu juga tidak terhad kepada pelanggan terjejas akibat pandemik, malah turut diberikan kepada pelanggan terbabit kejadian di luar jangkaan seperti banjir.


Jelas beliau Public Bank terus komited untuk memberi bantuan kepada pelanggan terbabit yang berhadapan dengan kesukaran kewangan.


"Sejak 2016, bank sudah meluluskan moratorium banjir hampir RM2.5 bilion kepada sekitar 13,000 orang pelanggan. Kami amat komited untuk terus menyediakan bantuan apabila timbul keperluan untuknya.


"Pada waktu yang mencabar ini, keteguhan kewangan dan asas Public Bank yang kukuh yang dibina sejak sekian lama membolehkan kami untuk terus memberi khidmat kepada negara," katanya.


PKS Terus Dibantu


Ah Lek menambah, Public Bank turut memberi perhatian khusus kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kerana golongan ini adalah tulang belakang kepada ekonomi Malaysia.


Beliau berkata, Public Bank menjadi salah satu pembiaya terbesar yang menyokong pertumbuhan PKS tempatan.


"Pada akhir 2021, portfolio kewangan PKS tempatan Public Bank berjumlah RM67.9 bilion dengan bahagian pasaran sebanyak 21 peratus," katanya.


Beliau berkata, bank turut meluluskan pembiayaan berjumlah RM3.4 bilion di bawah skim khas COVID-19 yang dimulakan oleh kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) yang memanfaatkan lebih 17,000 PKS.


"Setiap pembiayaan kepada PKS itu akan memberi kesan pengganda yang tinggi, bermula dengan pembelian bahan mentah kepada pembayaran gaji kakitangan dan akhirnya menyumbang kepada cukai yang dibayar kepada kerajaan.


"Public Bank, sebagai salah satu pembiayaan PKS terbesar di negara ini, terus menyediakan akses pembiayaan kepada PKS bagi menyokong pemulihan ekonomi negara," katanya.


Ah Lek berkata, Public Bank memberi komitmen penuh dalam mengukuhkan peranannya sebagi perantara kewangan yang menyumbang kepada pembangunan negara.


Beliau berkata, sehubungan itu, bank berkenaan menyokong sepenuhnya Pelan Induk Sektor Kewangan BNM Tahun 2022-2026.


Katanya, Public Bank turut berhasrat menggerakkan kekuatannya dalam perbankan bagi menyokong transformasi ekonomi negara dan memperkukuh kesejahteraan kewangan untuk isi rumah dan perniagaan, sambil mempercepatkan peralihan kepada ekonomi hijau.

No comments:

Post a Comment

Penggunaan Mesin Penuai Kawalan Jauh dan Robot dalam Penanaman dan Penuaian Padi

    AI image generated by : Mohd Ezli Mashut Oleh : Mohd Ezli Mashut & ChatGPT Pendahuluan Pertanian merupakan salah satu sektor penting...