Friday 4 March 2022

Takaful Ikhlas Tawar Khidmat Tundaan Percuma Disebabkan Banjir


     Sumber Grafik: Takaful Ikhlas


INSURANS | Takaful Ikhlas General Bhd (Takaful Ikhlas), anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Bhd menawarkan manfaat penundaan kenderaan akibat banjir secara percuma khusus pelanggan pelan perlindungan motor IKHLAS Comprehensive Private Car Takaful dan IKHLAS Private Car Comprehensive Plus Takaful.


Dalam kenyataan media pada 4 Mac 2022/Jumaat/1 Syaaban 1443, Takaful Ikhlas berkata perkhidmatan tundaan percuma itu adalah manfaat tambahan kepada 24-Hour Bantuan IKHLAS Road Assist iaitu perkhidmatan diberikan automatik kepada pemegang sijil IKHLAS Comprehensive Private Car Takaful dan IKHLAS Private Car Comprehensive Plus Takaful.


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas berkata pihaknya sentiasa peka dengan keperluan pelanggan terutamanya dalam waktu kritikal seperti musim banjir yang menyaksikan ramai rakyat terkesan akibat banjir melanda negara pada akhir tahun 2021.


"Justeru, mulai akhir Januari 2022, Takaful Ikhlas turut menawarkan khidmat tundaan percuma akibat banjir kepada pemegang sijil pelan perlindungan motor kami iaitu IKHLAS Comprehensive Private Car Takaful dan IKHLAS Private Car Comprehensive Plus Takaful," kata Datuk Rudy Rodzila Che Lamin.


Menurut kenyataan itu, baru-baru ini Takaful Ikhlas memperkenalkan platform maya Virtual Interactive Process (VIP) untuk membantu mempercepatkan proses tuntutan 300,000 pesertanya.


Melalui VIP, tuntutan berkaitan kerosakan dan kemusnahan harta benda serta kenderaan tidak melebihi RM10,000 boleh diproses di platform maya itu, sekali gus membolehkan pelanggan untuk menerima bayaran tuntutan dalam masa tiga hari.


Menurut Rudy Rodzila, sehingga 20 Februari 2022, sebanyak 3,669 kes tuntutan berjaya diselesaikan dengan jumlah tanggungan tuntutan sebanyak RM30 juta.


"Ini sejajar dengan aspirasi syarikat yang berazam meringankan beban peserta yang ditimpa musibah dan membantu mereka bangkit semula secepat yang mungkin," katanya.


Untuk mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan 24-Hour Bantuan IKHLAS Road Assist, pelanggan boleh melayari laman web www.takaful-ikhlas.com.my atau menghubungi mana-mana ejen takaful am Takaful Ikhlas atau berkunjung ke cawangan Takaful Ikhlas berdekatan. 

No comments:

Post a Comment

Penggunaan Mesin Penuai Kawalan Jauh dan Robot dalam Penanaman dan Penuaian Padi

    AI image generated by : Mohd Ezli Mashut Oleh : Mohd Ezli Mashut & ChatGPT Pendahuluan Pertanian merupakan salah satu sektor penting...