Sunday, 25 September 2022

Moody's Beri Amaran Risiko Ekonomi Dunia Meleset Pada 2023

   Sumber Foto: Economy


EKONOMI | Moody's Analytics menyemak turun unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) benar global bagi 2022 dan 2023 masing-masing kepada 2.7 peratus dan 2.3 peratus.


Ia berbanding unjuran 4.2 peratus bagi 2022 dan 3.6 peratus bagi 2023 yang dibuat pada Januari lalu.


"Walaupun ekonomi global diunjurkan berkembang pada 2022, sebarang kesilapan dasar atau risiko tambahan akan meningkatkan lagi ancaman kemeseletan seluruh dunia dalam 12 bulan akan datang untuk melebihi penilaian semasa," kata Moody's Analytics dalam satu nota, pada 26 September 2022.


Firma penarafan itu berkata, ekonomi global sedang berada di persimpangan apabila pemulihan pasca pandemik yang baru bermula dengan pantas telah berubah kepada persekitaran yang lebih suram dan rapuh.


"Inflasi yang mencecah rekod tertinggi di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah daripada kekurangan bekalan serta lonjakan harga komoditi susulan pencerobohan Russia ke atas Ukraine, memberi kesan kepada pertumbuhan global dan ini diburukkan lagi oleh tindak balas dasar monetari yang agresif.


"Pada masa sama, ekonomi Chia sedang berdepan cabaran dalam pelbagai segi, termasuk pasaran hartanah yang lembap dan peningkatan risiko dalam sektor kewangan," katanya.


Berikutan itu, Moody's Analytics berkata pertumbuhan global jatuh pada suku kedua berbanding setahun lalu buat kali pertama sejak penularan virus pada awal 2020, dipacu oleh penguncupan di AS, United Kingdom (UK) dan China.


"Lebih meluas lagi, prestasi kekal tidak sekata dalam kalangan ekonomi utama dunia iaitu AS, China, Jepun, India dan lima ekonomi terbesar di Eropah Barat.


"Hasil akan terus berbeza-beza sepanjang 2023 disebabkan perbezaan hubungan perdagangan dan pelaburan ke Russia serta Ukraine, terutamanya berkaitan dengan produk negara," katanya.


No comments:

Post a Comment

Understanding Air Turbulence and How Passengers Can Stay Safe

      AI image generated by : Mohd Ezli Mashut By : Mohd Ezli Mashut & ChatGPT ChatGPT can make mistakes. Check important info.  Introdu...