Monday 26 September 2022

PERODUA Perkenal Ativa Hybrid Ditawar Terhad 300


Tangkap layar laman sesawang BH Online pada 26 September 2022 melaporkan penjualan terhad Ativa Hybrid.


AUTOMOTIF | PERODUA memperkenalkan model hibrid pertamanya, Ativa Hybrid yang ditawarkan secara terhad kepada 300 pelanggan individu dan korporat.


BH Online pada 26 September 2022 melaporkan pengenalan model hibrid itu bagaimanapun bukan untuk dijual di pasaran tempatan dan ia adalah sebahagian daripada kajian kenderaan elektrik pertamanya serta mobiliti jangka panjang melalui kajian pasaran perkhidmatan.


Kajian itu terbahagi kepada dua bahagian iaitu untuk memahami tingkah laku pemanduan berkumpulan kenderaan hibrid di lokasi berpenduduk di negara ini di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru.


Selain itu, kajian adalah untuk memahami penerimaan pengguna terhadap perkhidmatan 'langganan' lima tahun, yang ditawarkan oleh Perodua kepada pelanggan korporat di bawah 'EZ MOBI'.



Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA berkata pelanggan terpilih perlu membayar RM500 sebulan untuk lima tahun atau perbatuan 100,000 kilometer, yang mana terdahulu sebelum perlu memulangkan kereta berkenaan kepada PERODUA.


Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata Perodua Ativa Hybrid adalah kenderaan terbaik untuk pihaknya mendapatkan pandangan unik mengenai tingkah laku rakyat Malaysia sebagai kumpulan terkawal.


Beliau berkata, data itu akan digunakan untuk mengenalpasti keperluan pelanggan mereka apabila menggunakan kenderaan elektrik.


"Program perintis oleh PERODUA ini juga akan membolehkan kami melihat tahap penerimaan pelanggan terhadap program langganan jangka panjang sebagai alternatif kepada pembelian dan penjualan kereta secara tradisional.


"Walaupun kami percaya bahawa pemilikan kenderaan masih lagi menjadi perniagaan utama, namun ada kemungkinan perniagaan langganan kenderaan ini diterima oleh lebih ramai pengguna dalam masa terdekat.


"Inilah yang kami maksudkan dengan langganan satu perkhidmatan yang mana semua kewajipan lain untuk memiliki kenderaan seperti mengikuti jadual penyelenggaraan, membayar insurans kenderaan dan cukai jalan semua akan diuruskan sepenuhnya oleh kami. Apa yang pelanggan perlu lakukan ialah membayar yuran langganan untuk menikmati pakej berkenaan," katanya.


Beliau berkata demikian pada Majlis Langganan Perodua Ativa Hybrid pada 26 September 2022.


Perodua Ativa Hybrid menggunakan sistem 'hibrid bersiri' di mana set motor elektrik menggerakkan roda kenderaan, manakala enjin bertindak sebagai penjana kuasa untuk mengecas enjin.


Model berkenaan menggunakan enjin 1.2L (WA-VEX) untuk menjana kuasa itu.


Dengan teknologi ini, Sistem Bersiri Perodua Ativa Hybrid mampu mencapai jarak sejauh 31.3 kilometer seliter (berdasarkan ujian Kitaran Pemanduan Malaysia).


PERODUA sebelum ini telah pun mempunyai perkhidmatan langganan sedia ada yang diuruskan di bawah EZ MOBI, tetapi buat masa ini perkhidmatan langganan hanya untuk syarikat dan bukan individu.


Perkhidmatan EZ MOBI PERODUA mula diperkenalkan pada Januari 2021.

No comments:

Post a Comment

Penggunaan Mesin Penuai Kawalan Jauh dan Robot dalam Penanaman dan Penuaian Padi

    AI image generated by : Mohd Ezli Mashut Oleh : Mohd Ezli Mashut & ChatGPT Pendahuluan Pertanian merupakan salah satu sektor penting...