Etiqa melancarkan nilai tambahan 'Drive Less Save More' kepada sijil insurans dan takaful motor yang menawarkan rebat sehingga 30 daripada harga premium dan sumbangan berdasarkan jumlah perbatuan.
Syarikat itu dalam kenyataan media pada 12 Oktober 2021/Selasa berkata, nilai tambahan beropsyen itu adalah percuma, dan rebat akan dibayar setiap kali pelanggan membuat tuntutan, tertakluk kepada tempoh minimum sepuluh hari antara setiap tuntutan.
"Nilai tambahan ini terbuka kepada semua pemandu kenderaan persendirian komprehensif.
"Memandangkan kebanyakan umum yang bekerja dari rumah dan mengurangkan pergerakan kerana pandemik ini, orang ramai semakin kurang memandu dan kurang menuntut insurans dan takaful motor mereka," katanya.
Sungguhpun dalam keadaan pandemik, katanya, risiko kecurian kenderaan itu tetap wujud.
Oleh itu, nilai tambah insurans dan takaful 'Drive Less Save More' Etiqa diwujudkan bagi membantu orang ramai mengurangkan jumlah pembayaran premium dan sumbangan mereka melalui rebat daripada pengurangan perbatuan kenderaan mereka.
Nilai tambahan 'Drive Less Save More' itu akan diberikan kepada setiap pembelian atau pembaharuan insurans atau takaful motor.
"Pelanggan hanya perlu menghantar gambar nombor kenderaan dan odometer kenderaan melalui aplikasi mudah alih Smile Etiqa. Kemudian, pelanggan perlu memuat naik gambar odometer kenderaan mereka pada bila-bila masa dalam selangan 10 hari antara tarikh muat naik bagi mengekalkan rebat mereka," katanya,
Gambar yang dimuat naik itu akan menentukan jumlah kebatuan dalam pengiraan jumlah rebat bulanan pelanggan.
No comments:
Post a Comment