Friday, 29 November 2019

JAWAPAN TERHADAP PERSOALAN “KENAPA WAKTU SUBUH BERUBAH”


Grafik : MUFTI WILAYAH Persekutuan 



S1: Bagaimana waktu subuh ditentukan

J1: Waktu subuh ditentukan menurut hitungan ilmu falak berdasarkan kedudukan matahari 20 darjah di bawah ufuk timur.



S2: Kenapa berlaku perubahan waktu solat subuh di Selangor?

J2: Ia berdasarkan penemuan dari kajian oleh Jakim, yang diketuai oleh Universiti Malaya dan dianggotai oleh beberapa universiti dan agensi kerajaan yg lain. Kajian mendapati waktu subuh sebenar adalah apabila matahari berada pada kedudukan 18 darjah di bawah ufuk.



S3: Kenapa perlu ditambah 8 minit?

J3: Tambahan 8 minit ini adalah nilai purata bagi perbezaan 2 darjah. (daripada 20 darjah kepada 18 darjah). Satu darjah secara puratanya adalah bersamaan 4 minit. Maka 2 darjah adalah bersamaan 8 minit.



S4: Kenapa Selangor sahaja yang ubah?

J4: Insya Allah ia akan dilaksanakan oleh negeri lain bila tiba masanya. Pihak negeri dengan kuasa undang-undang yg ada berhak mengumumkan keputusan di peringkat negeri masing-masing.



S5. Adakah solat subuh selama ini yg awal 8 minit dari waktu baru tidak sah?

J5: Tidak timbul soalan itu kerana solat subuh selama ini berdasarkan kepada ijtihad dan ilmu yang sah dan dilegalized secara rasmi melalui jabatan Mufti negeri. Waktu solat walaupun hadnya adalah sabit secara qatie, penentuan dan perinciannya adalah zanni dan tertakluk kepada ijtihad semasa berdasarkan penyelidikan/ istiqra'.



S6: Selangor telah umumkan waktu subuh 8 minit lebih lewat, jadi bagaimana dengan negeri-negeri lain, terutamanya KL, Putrajaya, N9 dll yg bersempadan Selangor?

J6: Setiap penduduk negeri perlu patuh kepada arahan Ulul Amri negeri masing-masing. Ulul Amri negeri ialah DYMM Sultan atau Raja bagi negeri beraja dan TYT Yang Dipertua Negeri bagi negeri tidak beraja . Jika WP KL, Labuan dan Putrajaya, hendaklah mengikut YDPA. Selagi tiada arahan baharu dikeluarkan, waktu sedia ada adalah sah diikuti kerana urusan agama ditentukan oleh pihak Ulul Amri, rakyat hanya ikut dan taat setia.



S7: Adakah ia melibatkan waktu solat lain dan waktu syuruk?

J7: Tidak. Waktu lain tidak terlibat kerana keputusan ini khusus melibatkan solat subuh sahaja. Cuma bagi waktu imsak, ia juga dilewatkan iaitu 10 minit sebelum bermula subuh. Waktu syuruk iaitu waktu berakhirnya subuh/ terbit matahari kekal sebagaimana yg ada dalam taqwim solat.


Kredit jawapan: Prof. Madya Dr Saadan Bin Man, Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya telah disemak dan dikemaskini oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor




Sumber Jabatan Mufti Selangor 

WAKTU SUBUH LEWAT 8 MINIT BABITKAN SELURUH NEGARA - JAKIM

Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) ke-116 memutuskan bahawa perubahan waktu solat subuh yang perlu dilewatkan sebanyak lapan minit adalah membabitkan seluruh negara.

Mesyuarat yang bersidang pada Rabu dan Khamis lalu bersetuju bahawa permulaan waktu solat subuh di negara ini adalah menggunakan parameter altitud matahari pada 18° di bawah ufuk yang menyebabkan kepada perubahan waktu solat berkenaan.

Sumber JAKIM




Thursday, 28 November 2019

AirAsia Wins World’s Leading Low-Cost Airline Title At The World Travel Awards Grand Final

AIR ASIA

MUSCAT, 29 November 2019 - AirAsia has been named the World’s Leading Low-Cost Airline for the seventh consecutive year at the World Travel Awards (WTA) Grand Final.

AirAsia clinched the top spot in its category after receiving the most number of votes from travellers and industry professionals, well ahead of its competitors. In addition, the airline took home the top award for the World’s Leading Low-Cost Airline Cabin Crew for the third year in a row.

In recognition of the contribution of its cabin crew, the airline was represented by its Group Head of Cabin Crew, Suhaila Hassan to receive both awards for AirAsia. 

Suhaila is a long serving employee who has been with the company for over 20 years, starting off as a cabin crew to now leading nearly 6,000 cabin crew across the AirAsia Group. 

AirAsia Group CEO Tony Fernandes said, “We are thrilled to be recognised as world champions yet again by industry watchers and the most discerning of travellers. These awards are a testament to our dedication to excellence in air travel. I want to thank our Allstars and cabin crew, who continue to live and breathe our value, which is to be “guest-obsessed”. 

This recognition comes as we renew our commitment to becoming more than an airline, with expanded travel offerings on airasia.com to better deliver value to our guests and meet their ever-growing expectations of us.”

AirAsia Group Head of Cabin Crew Suhaila Hassan said, “We were a small airline two decades ago, with only 30 cabin crew and just two planes operating Malaysian domestic routes. 

Since then, we’ve grown to nearly 6,000 cabin crew from all over the world, hailing from countries including Australia, Brazil, Zambia and the U.S. We now fly over 90 million guests each year. 

It’s truly incredible to see how far we’ve come. Despite the rapid growth, our Allstar colleagues have maintained the same passion for service that we had back in the early days, and we are truly humbled that our guests and peers have recognised us for our efforts.” 

World Travel Awards Founder Graham E Cooke said, “AirAsia continues to set the benchmark for low-cost aviation in Asia and beyond. 

Its dedication to improving its services remains unrivalled and I am delighted that it has been acknowledged by both the travel trade and the public having been voted ‘World’s Leading Low-Cost Airline 2019’ and ‘World’s Leading Low-Cost Airline Cabin Crew 2019’.”

The 26th annual World Travel Awards is globally recognised as one of the most prestigious, comprehensive and coveted honours programmes in the global tourism industry. 

Established in 1993, the awards, voted for by travel and tourism professionals and consumers worldwide, acknowledge and celebrate excellence across key sectors of travel, tourism and hospitality.

The latest awards are an addition to the collection of accolades AirAsia has won over the years. Earlier this week, AirAsia and AirAsia X Malaysia were announced as Best Low Cost Carriers Asia/Pacific in the AirlineRatings.com Airline Excellence Awards.

 In October, AirAsia took home Asia’s Leading Low-Cost Airline and Asia’s Leading Low-Cost Airline Cabin Crew at the Asia and Oceania edition of the World Travel Awards in Phu Quoc, Vietnam.

SOURCE: AIRASIA

Wednesday, 27 November 2019

Waktu Solat Subuh Di Selangor Berubah Lapan Minit Bermula 29 NOV

SUMBER: Jabatan Mufti Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memaklumkan terdapat perubahan waktu solat subuh bagi seluruh kawasan Selangor dengan tambahan masa lapan minit dari waktu asal semasa.

Agensi itu dalam kenyataan berkata perubahan berkenaan perlu dibuat bermula waktu solat subuh bermula 29 November bersamaan 2 Rabiulakhir 1441H.

“Perubahan ini dibuat hasil kajian kecerahan langit waktu subuh yang dilakukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bersama penyelidik Universiti Malaya.

“Pekara ini sudah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-116 dan diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada 28 November untuk dikuatkuasakan di negeri ini,” katanya.

SUMBER: JAIS

Mengejutkan ! Banyak Kedai ‘Bubble Tea’ Guna Bahan Tiada Sijil Halal

Foto: BUBLE TEA


Laporan berita SelangorKini pada 27 NOV  bahawa banyak premis menjual minuman 'buble tea' menggunakan bahan tanpa sijil halal memang mengejutkan.

Perkara itu didedahkan Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang mengesan premis menjual minuman itu menggunakan bahan tanpa sijil halal.

Ketua Penolong Pengarahnya, Wan Najmiah Wan Mohamad Ali berkata kebanyakan bahan untuk membuat minuman itu diimport dari Taiwan dan pemeriksaan mendapati ia tidak mempunyai logo halal.

Beliau memaklumkan pihaknya giat memantau premis berkenaan susulan tindakan mereka yang mengelirukan pengguna khususnya beragama Islam.

“Memang tidak dinafikan premis mereka bersih, malah ada yang menggunakan tenaga pekerja wanita Islam bertudung.

“Apabila minuman ‘bubble tea’ itu viral, orang ramai berpusu-pusu (membeli) tanpa mengetahui status halal yang dimiliki,” katanya pada Majlis Perasmian Stor Ekshibit Bahagian Pengurusan Halal di Space U8 di sini, lapor SelangorKini.

Pada masa sama, Wan Najmiah berkata pihaknya sudah mengadakan pertemuan bersama Majlis Perbandaran Subang Jaya susulan kawasan terbabit paling banyak memiliki premis ‘bubble tea’.

Katanya bagi mengelakkan kekeliruan, MPSJ akan menggalakkan premis yang menjual minuman jenis itu supaya memiliki sijil halal sebelum memohon lesen perniagaan.

“JAIS mendapati ada antara pengusaha mengiklankan minuman mereka dengan perkataan ‘kami menggunakan bahan halal walaupun tidak mempunyai sijil halal’.

“Tindakan pengusaha mempamerkan sijil halal luar negara pada premis masing-masing juga adalah salah kerana ia bukan sijil daripada Malaysia.

“Oleh itu, kami menggalakkan pelanggan untuk membuat aduan sekiranya berlaku hal sedemikian kerana penggunaan perkataan halal sewenang-wenangnya adalah salah,” katanya.

Wan Najimah berkata, setakat ini hanya Tealive dan CoolBlog sahaja mempunyai sijil halal, sementara majoriti pengusaha ‘bubble tea’ yang lain masih gagal mengemukakan permohonan.

SUMBER BERITA: SELANGORKINI

Tuesday, 26 November 2019

Korn Ferry Jangka Bayaran Gaji di Malaysia Naik 5.0% 2020

Foto Sumber: NST

Bayaran upah di Malaysia dijangka meningkat 5.0 peratus pada 2020, manakala pertumbuhan upah sebenar dijangkakan menyusut kepada 3.5 peratus daripada 3.6 peratus tahun lalu selepas pelarasan pada kadar inflasi sebanyak 1.5 peratus, kata firma perundingan pengurusan global Korn Ferry.

Sementara itu, majikan Malaysia menganggarkan kenaikan upah lima peratus pada 2020, yang sama seperti pada 2019, pertumbuhan upah sebenar akan menyusut pada 2020 apabila mengambil kira kadar inflasi, kata ketua bagi amalan ganjaran dan manfaat Asia Pasifik Korn Ferry, Mary Chua.

“Sudah banyak perbincangan bahawa kadar inflasi yang tidak mencerminkan kenaikan kos sara hidup di Malaysia, dan kerajaan sedang berusaha membangunkan indeks baharu yang lebih tepat berkaitan kos sara hidup.

“Indeks baharu itu boleh digunakan bersama dengan kadar inflasi bagi meningkatkan usaha dalam menangani kenaikan kos sara hidup dan mengurangkan kenaikan upah sebenar,” katanya.

Di seluruh Asia Tenggara, Korn Ferry berkata Indonesia dijangka mendapat peningkatan upah sebenar yang lebih tinggi pada 5.1 peratus selepas mengambil kira 3.0 peratus kadar inflasi.

“Sementara itu, walaupun bayaran upah di Singapura dijangka berkembang hanya 4.0 peratus, secara relatifnya negara itu mempunyai kadar inflasi yang rendah 0.4 peratus yang diterjemahkan sebagai peningkatan 0.6 peratus upah sebenar berbanding tahun lepas, tertinggi di rantau ini,” katanya.

Chua berkata, kini retorik semakin meningkat bagi menangani beban kehidupan berbanding peningkatan tekanan untuk memberikan pulangan kepada pemegang saham, dalam suasana perniagaan yang semakin mencabar.

“Peningkatan upah perlu selari peningkatan produktiviti, sekiranya tidak, kos tersebut akan dipindahkan kepada pengguna dan menyebabkan kenaikan kos sara hidup.

“Kami menjalankan banyak perbincangan dengan syarikat berhubung cara mereka menguruskan upah supaya lebih mampan dan terangkum dalam jangka panjang termasuk meningkatkan kemahiran,” katanya.

Bagi seluruh dunia, Korn Ferry mengunjurkan bayaran upah meningkat pada kadar 4.9 peratus tahun depan.

“Dengan unjuran kadar inflasi global sebanyak kira-kira 2.8 peratus, peningkatan upah nyata dijangka sebanyak 2.1 peratus.

“Pada 2019, peningkatan upah nyata di seluruh dunia hanya 1.0 peratus dengan kadar pertumbuhan upah pada 5.1 peratus dan inflasi global pada 4.1 peratus,” katanya. 

SUMBER: BERNAMA

Senarai 20 Syarikat Penerbangan Terbaik 2020

Foto Sumber: The West Australian


SYARIKAT penerbangan terbaik di dunia untuk 2020 telah dinamakan oleh AirlineRatings.com, satu-satunya laman web penilai produk dan keselamatan dunia.

Syarikat penerbangan tersebut adalah Air New Zealand!

Syarikat penerbangan dari negara kiwi itu mengetepikan pemenang tahun lalu, Singapore Airlines, selain ANA, Qantas dan Cathay Pacific.

Singapore Airlines menduduki tangga kedua penerbangan terbaik dunia. 

Air New Zealand diberi penghormatan untuk kali keenam bagi pencapaiannya yang memecah rekod, memenangi pelbagai anugerah inovasi penerbangan, keselamatan operasi, kepimpinan alam sekitar dan motivasi kakitangannya.

Faktor-faktor ini jelas membuktikan syarikat penerbangan itu sebagai pemimpin dalam industri.

Kriteria Penerbangan Terbaik 2020

Anugerah Kecemerlangan Syarikat Penerbangan AirlineRatings.com dinilai oleh tujuh editor yang mempunyai banyak pengalaman industri, menggabungkan audit-audit utama keselamatan dan kerajaan dengan 12 kriteria utama merangkumi umur pesawat, ulasan penumpang, keuntungan, penarafan pelaburan, penawaran produk dan hubungan kakitangan.

Emirates unggul dengan hiburan dalam penerbangan terbaik serta penerbangan jarak jauh terbaik Timur Tengah. 

Foto Sumber; EMIRATES

Ketua Editor Airline Ratings Geoffrey Thomas berkata: "Dalam analisis kami, Air New Zealand muncul nombor satu dalam kebanyakan kriteria audit, yang merupakan satu prestasi cemerlang apabila ia mengatasi syarikat penerbangan lain dari segi skala dan lebih banyak sumber dalam senarai syarikat penerbangan terbaik untuk tahun 2020.

"Komitmen Air New Zealand untuk cemerlang dalam semua aspek perniagaannya bermula dengan pentadbiran cemerlang dan salah satu pasukan eksekutif terbaik dalam bidang penerbangan melalui satu tenaga kerja yang memberikan khidmat konsisten terhadap strategi syarikat dan janji kepada pelanggan," katanya.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Air New Zealand, Jeff McDowall berkata memenangi anugerah kali keenam kali dan mencatat rekod merupakan bukti usaha 12,500 kakitangan syarikat yang memberi tumpuan kepada penyampaian pengalaman unik bertaraf dunia negara itu kepada pelanggannya setiap hari.

Cathay Pacific berada di tangga kelima senarai itu.

Air New Zealand juga menang anugerah kategori Premium Kelas Ekonomi Terbaik.

Berikut senarai penuh 20 syarikat penerbangan terbaik dunia 2020.

20. Etihad Airways

19. Delta Airlines (Penerbangan Jarak Jauh Terbaik Amerika)

18. Alaska Airlines

17. Bristish Airways

16. Hawaiian Airlines

15. Korean Air

14. KLM

13. Japan Airlines

12. Finnair

11. Lufthansa (Penerbangan Jarak Jauh Terbaik Eropah)

10. Virgin Australia (Kru Kabin Kelas Ekonomi Terbaik)

9. Qatar Airways (Katering Terbaik, Kelas Perniagaan Terbaik)

8. EVA Air

7. Virgin Atlantic

6. Emirates (Hiburan Dalam Penerbangan Terbaik, Penerbangan Jarak Jauh Terbaik Timur Tengah)

5. Cathay Pacific (Penerbangan Jarak Jauh Terbaik Eropah)

4. Qantas (Perkhidmatan Terbaik Penerbangan Domestik, Lounge Terbaik)

3. All Nippon Airways

2. Singapore Airlines

1. Air New Zealand (Permium Kelas Ekonomi Terbaik)


SUMBER INFO: MSTAR ONLINE

Tawaran Gila-Gila AIRASIA: Terbang Dengan Serendah RM18!

GRAFIK SUMBER: AIR ASIA

Tawaran paling hebat dan menarik AirAsia sempena meraikan ulang tahun syarikat penerbangan rendah ke-18 apabila menawarkan tambah serendah RM18.

AirAsia dalam satu kenyataan media pada 25 NOVEMBER 2019 menyatakan promosi istimewa yang menawarkan tambang dari hanya RM18* sehala dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, Johor Bahru, Kota Bharu, Kuantan, Langkawi, Miri, Pulau Pinang, Kuala Terengganu dan banyak lagi.

Katanya ia selaras dengan transformasi AirAsia ke arah menjadi platform perjalanan dan gaya hidup.

Malahan sambutan ini tidak terhad kepada jualan tiket penerbangan sahaja, malah juga untuk hotel, aktiviti, tawaran dan banyak lagi di airasia.com.

================================================

Butiran Penting Jualan Ulang Tahun ke-18

SNAP: Penerbangan pergi dan balik + Pakej 3H2M dari RM299* seorang

AKTIVITI : Diskaun 18% untuk semua aktiviti darat bagi 500 transaksi pertama dengan kod promo AA18BD

TAWARAN : Diskaun 18% untuk Tawaran Gabungan AirAsia termasuk makanan dan minuman, kecantikan & perkhidmatan di Kuala Lumpur.

BAGASI : Diskaun 8% untuk semua pilihan bagasi tambahan**

HOTEL : Diskaun 5% untuk tempahan hotel dengan kod promo 18BDAY

INSURAN : Diskaun 8% untuk pelan lengkap***


Grafik Sumber: AIR ASIA


================================================

Ketua Pegawai Komersil Kumpulan AirAsia, Karen Chan berkata, AirAsia telah beroperasi selama 18 tahun yang menakjubkan, dan sepanjang masa ini AirAsia telah menjadikan Asean lebih kecil dan membolehkan ratusan juta orang untuk terbang, majoriti daripada mereka terbang buat kali pertama. 

"Ini kerana kami berpegang teguh kepada janji kami untuk menawarkan tambang rendah.

"Setelah menghampiri dua dekad kami beroperasi, kami kini menawarkan lebih dari penerbangan dan juga termasuk tawaran perjalanan dan gaya hidup untuk anda, para tetamu kami. Terima kasih," katanya.

BAGAIMANA UNTUK BUAT TEMPAHAN

Tambang istimewa ini boleh didapati di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia dari 25 November 2019 (0001h GMT +8) hingga 1 Disember 2019 (2400 GMT +8) untuk perjalanan antara 27 April 2020 dan 1 Mac 2021.

SEJARAH AIRASIA

Sejak penubuhannya pada tahun 2001, AirAsia telah menjadi salah satu kumpulan syarikat penerbangan terbesar di dunia, dengan lebih 600 juta tetamu diterbangkan dan lebih daripada 150 destinasi di seluruh Asia Pasifik dalam rangkaiannya.

BAGAIMANA UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT?

Untuk berita terkini AirAsia, aktiviti dan promosi, ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).


AirAsia Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia 2019

PARIS: AirAsia memenangi Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia bagi 11 tahun berturut-turut di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2019.

Selain itu ia juga dipilih sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia dan Kabin Premium Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia bagi tempat duduk Premium Flatbed, yang terdapat dalam pesawat jarak jauh AirAsia X.

Foto Sumber: AIR ASIA


MAKLUMAT TAMBAHAN: 

* Tambang keseluruhan termasuk cukai dan yuran.

** Tidak termasuk untuk AirAsia Japan dan penerbangan ke Amerika Syarikat

*** Promosi ini hanya tertakluk kepada pelan komprehensif untuk penerbangan yang berlepas dari Malaysia dan Thailand. Tune Protect Travel - AirAsia dijamin oleh rakan insurans tempatan bergantung kepada negara pelepasan pertama anda. Tidak terpakai bagi (penerbangan keluar ke) Amerika Syarikat, Korea, Taiwan dan Arab Saudi. Tertakluk pada terma dan syarat.

SUMBER INFO: AIRASIA

Monday, 25 November 2019

Skim Air Darul Ehsan: Siapa layak dapat air percuma?



1) Apakah itu Skim Air Darul Ehsan?

Skim Air Darul Ehsan adalah program penjajaran semula pemberian air percuma kepada kumpulan sasar penduduk Negeri Selangor.

2) Siapakah yang layak menikmati Skim Air Darul Ehsan?

Skim Air Darul Ehsan ini layak dinikmati pengguna-pengguna yang menepati syarat-syarat seperti berikut:

i. Pemohon atau pasangan adalah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor
ii. Pendapatan bulanan isi rumah (suami dan isteri atau salah seorang sekiranya bujang/tiada pasangan) RM4,000 dan ke bawah
iii. Premis kediaman meter individu dan meter pukal (Pangsapuri Kos Rendah)
iv. Penghuni Pangsapuri Kos Rendah yang menerima bekalan air melalui meter pukal perlu mendapat pengesahan Badan Pengurusan Bersama (JMB)/Perbadanan Pengurusan (MC)
v. Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun/premis sahaja

3) Sebelum ini saya dapat menikmati bekalan air percuma 20 meter padu pada setiap bulan. Adakah saya masih layak untuk masa akan datang?

Pengguna yang menikmati bekalan air percuma 20 meter padu pada setiap bulan akan terus menikmati keistimewaan sehingga 29 Februari 2020. Pengguna hendaklah membuat permohonan yang baharu.

Sekiranya layak, pemohon dapat menikmati bekalan air percuma melalui Skim Air Darul Ehsan bermula pada 1 Mac 2020.

4) Apakah yang dimaksudkan dengan pendapatan isi rumah bawah RM4,000?

Pendapatan bulanan isi rumah (suami dan isteri atau salah seorang, bujang atau tiada pasangan) di bawah RM4,000.

5) Apakah pemohon dan pasangan keluarga yang berpendapatan lebih dari RM4,000 boleh memohon Skim Air Darul Ehsan?

Tidak layak kerana tidak memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

6) Kami mempunyai pendapatan isi rumah lebih dari daripada RM4,000 kerana termasuk pendapatan anak kami yang tinggal serumah. Adakah kami layak memohon Skim Air Darul Ehsan?

Permohonan hanya mengambil kira pendapatan suami dan isteri sahaja, sekiranya pendapatan suami dan isteri melebihi RM4,000, anda tidak layak menikmati Skim Air Darul Ehsan.

7) Saya tidak mempunyai pendapatan tetap, tidak ada slip gaji dan tidak pernah mendaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), adakah saya layak memohon?

Ya, anda layak memohon tertakluk kepada syarat permohonan dan semakan kelayakan.

8) Adakah isteri yang kematian suami layak memohon?

Ya, layak memohon tertakluk kepada syarat permohonan dan semakan kelayakan.

9) Saya tinggal di Putrajaya tetapi mempunyai rumah di Selangor, adakah saya layak memohon?

Anda layak memohon bagi akaun air di Selangor tertakluk kepada syarat permohonan dan semakan kelayakan.

10) Adakah penduduk Kuala Lumpur dan Putrajaya layak untuk memohon Skim Air Darul Ehsan?

Tidak, hanya untuk penduduk di Negeri Selangor sahaja.

11) Adakah penyewa layak memohon Skim Air Darul Ehsan ini?

Ya, penyewa layak memohon sekiranya menyewa di Negeri Selangor dan menepati syarat-syarat permohonan.

12) Kami menyewakan rumah. Bolehkah penyewa saya memohon walaupun akaun air adalah didaftar atas
nama saya?

Ya, penyewa Tuan/Puan boleh memohon sekiranya layak dan menepati syarat-syarat permohonan.

13) Kami adalah pelajar yang tiada pendapatan dan menyewa beramai-ramai di Selangor. Adakah kami layak memohon?

Ya, penyewa layak memohon jika menepati syarat-syarat permohonan tertakluk kepada semakan Kerajaan Negeri Selangor.

14) Saya ada 5 buah rumah dan layak menerima. Adakah semua premis akan menerima Skim Air Darul Ehsan?

Hanya SATU akaun/premis sahaja boleh dipohon.

15) Sekiranya saya berpindah, bolehkah menerima Skim Air Darul Ehsan?

Ya, pemohon boleh memohon sekiranya masih menetap di Negeri Selangor.

16)Saya tinggal di rumah pangsa kos rendah dan tiada akaun air dengan Air Selangor. Akaun kami adalah dengan JMB. Adakah saya layak dan bagaimana cara untuk memohon?

Ya, anda boleh memohon dan perlu merujuk serta mendapatkan pengesahan MC/JMB Pangsapuri kediaman anda.

17) Bagaimanakah cara untuk memohon Skim Air Darul Ehsan?

i. Permohonan Skim Air Darul Ehsan boleh dibuat secara atas talian melalui laman sesawang www.ssipr.selangor.gov.my
ii. Borang permohonan boleh dimuat turun atau diperolehi melalui saluran berikut:
• www.airselangor.com
• Kaunter Perkhidmatan di sepuluh (10) pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.
iii. Borang permohonan yang telah lengkap boleh dihantar melalui emel ke iprair@airselangor.com atau melalui mana-mana Kaunter Perkhidmatan di sepuluh (10) pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.

18) Bilakah tempoh pendaftaran Skim Air Darul Ehsan bermula?

Pendaftaran Skim Air Darul Ehsan akan bermula pada 30 September 2019 sehingga 31 Disember 2019.

19) Bilakah Skim Air Darul Ehsan akan dilaksanakan?

Perlaksanaan Skim Air Darul Ehsan ini akan bermula pada 1 Mac 2020.

20) Setelah saya mendaftar, bilakah saya akan dimaklumkan tentang status permohonan ini?
Sebelum 1 Mac 2020 dan setelah tempoh pendaftaran berakhir.

21) Selepas tamat tempoh pendaftaran yang ditetapkan, bila lagi masa yang saya boleh mendaftar?

Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan baharu sebaik pendaftaran dibuka semula tertakluk kepada tarikh yang akan ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

22) Setelah pendaftaran, berapa lamakah tempoh pemprosesan untuk kelulusan permohonan pemberian air percuma diterima oleh pemohon yang berjaya?

Permohonan anda akan diproses selepas tempoh pendaftaran tamat dan keputusan akan diketahui sebelum tarikh perlaksanaan pada 1 Mac 2020.

23) Adakah wakil boleh membuat permohonan bagi individu yang layak memohon?

Permohonan hendaklah dibuat oleh pemohon sendiri atau pasangan.

24) Perlukah saya melampirkan dokumen sokongan untuk permohonan Skim Air Darul Ehsan?

Tidak perlu, asalkan borang permohonan yang diserahkan lengkap. Sekiranya borang permohonan tidak lengkap, borang tersebut tidak akan diproses.

Untuk maklumat lanjut layari
www.airselangor.com atau hubungi talian 15300

Borang Permohonan Skim Air Darul Ehsan (KLIK DI SINI)
https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2019/09/Borang-Permohonan-Skim-Air-Darul-Ehsan.pdf

Sunday, 24 November 2019

AirAsia Raikan Ulang Tahun Ke-18 Dengan Tambang Serendah RM18

AIR ASIA


SEPANG, 25 November 2019 - AirAsia meraikan ulang tahun ke-18 dengan promosi istimewa yang menawarkan tambang dari hanya RM18* sehala dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, Johor Bahru, Kota Bharu, Kuantan, Langkawi, Miri, Pulau Pinang, Kuala Terengganu dan banyak lagi.

Selaras dengan transformasi kami ke arah menjadi platform perjalanan dan gaya hidup, sambutan ini tidak terhad kepada jualan tiket penerbangan sahaja, malah juga untuk hotel, aktiviti, tawaran dan banyak lagi di airasia.com.

Butiran penting Jualan Ulang Tahun ke-18

SNAP : Penerbangan pergi dan balik + Pakej 3H2M dari RM299* seorang

AKTIVITI : Diskaun 18% untuk semua aktiviti darat bagi 500 transaksi pertama dengan kod promo AA18BD

TAWARAN : Diskaun 18% untuk Tawaran Gabungan AirAsia termasuk makanan dan minuman, kecantikan & perkhidmatan di Kuala Lumpur.

BAGASI : Diskaun 8% untuk semua pilihan bagasi tambahan**

HOTEL : Diskaun 5% untuk tempahan hotel dengan kod promo 18BDAY

INSURAN : Diskaun 8% untuk pelan lengkap***


AIR ASIA

Ketua Pegawai Komersil Kumpulan AirAsia, Karen Chan berkata, "AirAsia telah beroperasi selama 18 tahun yang menakjubkan, dan sepanjang masa ini kami telah menjadikan Asean lebih kecil dan membolehkan ratusan juta orang untuk terbang, majoriti daripada mereka terbang buat kali pertama.

 Ini kerana kami berpegang teguh kepada janji kami untuk menawarkan tambang rendah. Setelah menghampiri dua dekad kami beroperasi, kami kini menawarkan lebih dari penerbangan dan juga termasuk tawaran perjalanan dan gaya hidup untuk anda, para tetamu kami. Terima kasih."

Tambang istimewa ini boleh didapati di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia dari 25 November 2019 (0001h GMT +8) hingga 1 Disember 2019 (2400 GMT +8) untuk perjalanan antara 27 April 2020 dan 1 Mac 2021.

Sejak penubuhannya pada tahun 2001, AirAsia telah menjadi salah satu kumpulan syarikat penerbangan terbesar di dunia, dengan lebih 600 juta tetamu diterbangkan dan lebih daripada 150 destinasi di seluruh Asia Pasifik dalam rangkaiannya.

Untuk berita terkini AirAsia, aktiviti dan promosi, ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

* Tambang keseluruhan termasuk cukai dan yuran.

** Tidak termasuk untuk AirAsia Japan dan penerbangan ke Amerika Syarikat

*** Promosi ini hanya tertakluk kepada pelan komprehensif untuk penerbangan yang berlepas dari Malaysia dan Thailand. Tune Protect Travel - AirAsia dijamin oleh rakan insurans tempatan bergantung kepada negara pelepasan pertama anda. Tidak terpakai bagi (penerbangan keluar ke) Amerika Syarikat, Korea, Taiwan dan Arab Saudi. Tertakluk pada terma dan syarat.

SUMBER: AIR ASIA

AirAsia Celebrates 18 Unbelievable Years Of Flying With Fares From As Low As RM18

Photo: AIR ASIA


SEPANG, 25 November 2019 - AirAsia is celebrating its 18th birthday with a special anniversary promotion, bringing people around the region closer together.

To celebrate the milestone, AirAsia is offering promotional fares from only RM18* one way from Kuala Lumpur to Alor Setar, Johor Bahru, Kota Bharu, Kuantan, Langkawi, Miri, Penang, Kuala Terengganu and more.

In line with our transformation towards becoming a travel and lifestyle platform, the celebrations will not only see flights on sale, but also hotels, activities, deals and more on airasia.com.

Key highlights of the 18th Anniversary Sale

SNAP : Return flight + 3D2N Hotel packages from RM299* per person

ACTIVITIES : 18% off all on-ground activities for the first 500 transactions with promo code AA18BD

DEALS : 18% off on AirAsia Deals bundle including F&B, Beauty & Services in Kuala Lumpur 

BAGGAGE : 8% off all add-on baggage selections**

HOTEL : 5% off hotel bookings with promo code 18BDAY

INSURANCE : 8% off comprehensive plan***

AirAsia Group Chief Commercial Officer Karen Chan said, “AirAsia has been operating for what is an unbelievable 18 years, and in that time we’ve made Asean a smaller place and enabled hundreds of millions to fly, many for the first time. 

This is because we’ve stayed true to our promise of keeping fares low. As we evolve our offering beyond just flights and draw closer to the two-decade mark, we will further enhance our offering through the use of technology, and bring to life more travel and lifestyle offers for you, our guests. Thank you."

This special fare is available on airasia.com and the AirAsia mobile app from 25 November 2019 (0001h GMT +8) to 1 December 2019 (2400 GMT +8) for travel between 27 April 2020 and 1 March 2021.

Since its inception in 2001, AirAsia has become one of the largest airline groups in the world, with over 600 million guests flown and more than 150 destinations across Asia Pacific in its network.

For the latest AirAsia news, activities and promotions, follow AirAsia on Twitter (twitter.com/AirAsia),  Facebook (facebook.com/AirAsia) and Instagram (instagram.com/AirAsia).

* All-in fares including taxes and fees.

** Not applicable for AirAsia Japan and flights operating to the US

*** This promotion is only applicable to comprehensive plan for flights departing from Malaysia and Thailand. Tune Protect Travel - AirAsia is underwritten by local insurance partners depending on your first departure country. Not applicable for (outbound) United States of America, Korea, Taiwan and Saudi Arabia. Terms and conditions apply.

SOURCE: AIR ASIA

Tuesday, 19 November 2019

BISNES | Nilai Firma Petroleum Aramco Cecah RM7.1 Trilion

The logo of Saudi Aramco is seen at the 20th Middle East Oil & Gas Show and Conference in Manama, Bahrain, Mar 7, 2017. (Photo: Reuters/Hamad I Mohammed)

RIYADH: Kerajaan Arab Saudi pada Ahad mengumumkan nilai syarikat gergasi minyaknya, Aramco ketika ini bernilai AS$1.71 trilion (RM7.1 trilion).

Susulan itu, ia menjadikan pelaksanaan tawaran awam permulaannya (IPO) syarikat itu adalah yang terbesar di dunia, biarpun nilai itu berkurangan daripada anggaran awal oleh Putera Mahkotanya, Mohammed bin Salman iaitu AS$2 trilion (RM8.31 trilion).

Aramco berkata, ia akan menjual 1.5 peratus kepentingan sahamnya dalam syarikat itu menerusi IPO yang bernilai antara AS$24 bilion hingga AS$25.6 bilion, lebih rendah daripada rancangan asal kerajaan Arab Saudi untuk menjual sehingga lima peratus kepentingan firma petroleum itu.

"Saiz tawaran asas itu adalah 1.5 peratus daripada saham sedia ada syarikat itu," kata syarikat milik kerajaan negara itu. Ia mula menerima bidaan daripada pelabur dalam jajaran harga antara 30 riyal hingga 32 riyal Saudi (RM33 hingga RM35) sesaham.

Tawaran yang tertangguh sekian lama itu, adalah titik asas kepada rancangan bercita-cita tinggi Putera Mahkota Mohammed untuk mempelbagaikan ekonomi negara itu yang amat bergantung kepada minyak.

Ia berkemungkinan mampu mengatasi nilai penyenaraian terbesar di dunia sebelum ini iaitu gergasi peruncitan, Alibaba iaitu sebanyak AS$25 bilion pada tahun 2014.

Tetapi rancangan itu tersasar jauh daripada sasaran utama Mohammed untuk meraih sehingga AS$100 bilion daripada penyenaraian berkembar, penyenaraian pertama sebanyak dua peratus di Bursa Tadawul di negara itu, diikuti tiga peratus di pasaran asing.

Firma itu berkata tiada rancangan buat masa ini untuk menjual saham itu di peringkat antarabangsa, yang mana menggambarkan seolah-olah disasarkan untuk permintaan tempatan, dengan satu pertiga daripada tawaran IPO itu dikhaskan untuk pelabur runcit Arab Saudi.

Aramco memulakan jelajah pelabur pada Ahad, tetapi sumber yang rapat dengan syarikat itu memberitahu AFP yang ia tidak akan memasarkan sahamnya di luar negara, termasuk Amerika Syarikat, seperti perancangan awalnya.

Sumber itu bagaimanapun tidak memberi penjelasan selanjutnya tetapi penganalisis berkata ia kerana penyenaraian itu tidak selaras dengan keperluan pengawalseliaan AS.

Aramco juga telah membatalkan rancangan untuk melakukan penyenaraian di bursa asing seperti New York kerana risiko litigasi. 

SUMBER: AFP

Monday, 18 November 2019

Sydney Dilanda Asap Bahaya, Kebakaran Makin Marak

Smoke haze across Sydney Harbour on Tuesday morning. More than 50 bushfires are still burning across NSW. Photograph: Jessica Hromas/The Guardian


SYDNEY: Angin kencang menyebabkan puluhan kebakaran berlaku di seluruh pantai timur Australia hari ini, menyelubungi Sydney dengan asap bahaya dan mendorong amaran kesihatan dikeluarkan untuk bandar raya paling padat itu.

Kebakaran hutan memusnahkan kawasan ladang dan semak seluas sejuta hektar sejak beberapa minggu lalu, disemarakkan dengan keadaan kering selepas tiga tahun kemarau yang disifatkan pakar diburukkan oleh perubahan iklim.

Angin kuat menyebabkan kira-kira 60 kebakaran yang menyala di seluruh New South Wales (NSW) dan pegawai berkata, asap yang menyelubungi Sydney diukur 10 kali melebihi paras bahaya di beberapa bahagian di bandar raya itu.

Perkhidmatan Bomba Pedalaman NSW (RFS) berkata, asap akan berlanjutan sepanjang hari ini apabila angin kencang memburukkan ancaman api di pantai timur Australia.

Jabatan kesihatan negeri berkata, penduduk perlu berada dalam rumah selama mungkin.

“Bagi kebanyakan orang, asap menyebabkan gejala sederhana seperti sakit mata, hidung dan tekak.

“Bagaimanapun, pesakit asma, emphysema dan angina lebih berkemungkinan terjejas kerana kesan asap,” kata Pengarah Kesihatan Alam Sekitar, Dr Richard Broom.

Kebakaran hutan di Australia adalah biasa dan membawa ancaman maut tetapi penularan awal bencana itu tahun ini sudah pun meragut empat nyawa dan memusnahkan lebih 300 rumah sejak minggu lalu.

Bomba berusaha keras mengukuhkan garisan kepungan, dengan suhu di seluruh pantai timur dijangka meningkat minggu ini. 

SUMBER: REUTERS

Wednesday, 13 November 2019

Apple replaces the 15-inch MacBook Pro with a redesigned 16-inch model

PHOTO BY: ENDGADGET


The rumors are true: Apple has made a 16-inch MacBook Pro. To answer some of your likeliest questions: Yes, it's fast; no, it's not as big or as heavy as you think; no, there's still no SD card reader and yes, there's a new keyboard (hooray!). And, yes, I like it. Quite a lot.

Unlike other Apple devices, which are announced one day and released sometime later (maybe half a year later), the 16-inch MBP is available to order from today. As you might have guessed, it replaces the similarly sized 15-inch MacBook Pro. Accordingly, it also has the same starting price: $2,399 for the entry-level configuration and $2,799 for the step-up model.

As it happens, I've been testing one for the past 24 hours or so. That's not long enough for me to have written a credible review, in my humble opinion, but I do feel ready to share some early impressions alongside other necessarily details, like specs, upgrade options and Apple's lofty performance claims. Read on, and stay tuned for a proper review sometime soon.

Gallery: Hands-on with the 16-inch MacBook Pro | 10 Photos
   +6
To the sort of person who reads Engadget, the 16-inch MacBook Pro looks clearly different from the one it replaces. The physical Escape key is back (hooray again!), which means the Touch Bar is shorter than it would be otherwise. And the keyboard doesn't look as flat as it used to and indeed, it's not! The screen is larger, of course, while the bezels along the top and sides of the display are much slimmer -- Apple says they've been trimmed 25 and 34 percent, respectively.

Still, this doesn't look like a larger-screened machine. If you compare the spec sheets for the 16-inch and soon-to-be-discontinued 15-inch models, the new one is only marginally taller, longer, thicker. 

The thickness in particular has grown from 0.61 inch to just 0.64 inch. The difference in weight might be more noticeable: 4.3 pounds, up from a flat 4.0. But it still feels thin and light for what it is: A 16-inch laptop designed for some pretty demanding workloads.

The overall design is the same as before, too, complete with the same port selection: four Thunderbolt 3 (USB-C) sockets and a headphone jack. 

You'll also still find the Touch ID fingerprint sensor in the upper-right corner of the deck. It's as accurate and easy to use as ever. Unfortunately, I'm very sorry to say that there is still no SD card reader, a puzzling miss considering the sort of users this machine was built for.

To restate the obvious, the screen here is big: a 16-inch panel with 3,072 x 1,920 resolution, 500 nits of brightness and a pixel density of 226 ppi. Other than the size and pixel-per-inch rating, this is the same Retina display we've tested on previous MacBook Pros. 

That is to say, it supports the P3 color gamut (an important spec for photographers and videographers), and it makes use of Apple's True Tone technology, which automatically adjusts the color temperature depending on the ambient light. Ironically, though this machine is billed as the 16-inch MacBook Pro, as if that were the defining feature, the new and slightly larger screen is actually the least interesting thing about it.

MacBook Pro keyboard

Far more interesting is the keyboard, which has been completely redesigned, and is hopefully a sign of things to come on the 13-inch MacBook Pro and maybe even the MacBook Air. 

Though Apple's official line on the subject is still that most of its customers enjoy the flat Butterfly keyboard, the outcry among consumers has been so loud that the company has had no choice recently to admit that at least some of its users actually really don't like it.

So the company's research and development team got to work. An Apple spokesperson says the company looked to the desktop Magic Keyboard for inspiration, then endeavored to adapt it to a laptop form factor. Indeed, this new keyboard is also called Magic Keyboard. (Because that's not confusing at all!)

For starters, this new design means the much-maligned butterfly mechanism is gone. We're back to the scissor design used on the Magic Keyboard, the older MacBook Air and other legacy machines. As a result, the buttons here are noticeably cushier, with a full millimeter of travel. 

At the same time, Apple combined a rubber dome and a new keycap structure that locks in the key at the top of the stroke. The idea there was to preserve the stability of the existing butterfly keyboards while maintaining the depth of scissor-style board.

That's not just me regurgitating Apple's marketing claims, either: It really is a nice keyboard. I've made few typos in my typing so far. No stuck keys. I also had the opportunity to do some side-by-side testing with an older, pre-butterfly 15-inch MacBook Pro, and the earlier scissor keyboard is clearly more wobbly. No surprise: I made more typing mistakes there, too. Here at the office, I asked my colleague, the prolific laptop reviewer Devindra Hardawar, to give the keyboard a shot, and he agreed it's much better.

As a plus, for those who care about such things, Apple also tweaked the arrow keys into what it calls an "inverted-T," so the left and right arrow keys are shorter and smaller than the vertical ones, making them easier to find by feel.

MacBook Pro

You can't tell by looking at the machine, but the audio capabilities are also much improved. There's now a three-mic array on the left side, which Apple promises can match or even best a studio-quality mic, such as the Blue Yeti. 

In a series of demos for reporters ahead of today's launch, Apple played back recordings made with the Yeti, the MacBook Pro and competing machines from Dell and Razer. The MacBook Pro indeed had the least hissing in the background, but I'd much rather attempt my own recordings and let you know how it goes.

As for output, there's a six-speaker setup, with force-canceling woofers meant to cut down on distortion caused by vibration. In that same series of demos, Queen's "Another One Bites the Dust" sounded louder and bassier than on other machines.

 Apple was the clear winner in other musical genres, too. I of course intend to do more testing before putting out a full review, but for now, it's safe to say that the audio quality here is quite good.

And now, performance. The MacBook Pro is offered with six- and eight-core Intel Core processors and either an AMD Radeon Pro 5300M 4GB or a 5500M 4GB GPU (upgradable to 8GB), depending on which configuration you buy. If money is no object, you can pack up to 64GB of DDR4 RAM (the standard is 16GB). On the storage front, you can configure it with up to an 8TB SSD, which is just bonkers.

At this point, you may be wondering about heat and battery drain. Fair questions, both! The machine packs a 100-Wh battery (up from 84-Wh), which is the maximum size allowed on planes by the Federal Aviation Administration. 

Thanks in part to that new battery, the company rates the machine for 11 hours, up from 10 hours on the most recent 15-inch model. To match, the accompanying adapter now delivers 96 watts of power, up from 87 watts in the previous generation. (The charger itself is the same size.)

Meanwhile, Apple also designed the MacBook Pro with larger impellers, more blades and new fans that are said to improve airflow by 28 percent. 

The heat sink has 35 percent more surface area, which Apple says will allow it to dissipate heat more efficiently. All told, the company claims the machine can sustain up to 12 more watts of power during "intensive workloads," though that seems subjective on its face.

The base $2,399 configuration comes with a 2.6GHz six-core Core i7 Processor, 16GB of RAM, a 4GB AMD Radeon Pro 5300M GPU, Intel UHD Graphics 630 and a 512GB SSD. (That's double the storage of the outgoing base model.)

The $2,799 model starts with a 2.3GHz eight-core Core i9 CPU, a 4GB Radeon Pro 5500M GPU, the same Intel 630 graphics and a 1TB SSD.

Both configurations are upgradeable to a 2.4GHz eight-core Core i9 processor, the 64GB of RAM I mentioned earlier, a Radeon Pro 5500M 8GB GPU and either 2TB, 4TB or 8TB of storage. They're available to order today and are expected to ship by the end of the week.

SOURCE: ENDGADGET

Understanding Air Turbulence and How Passengers Can Stay Safe

      AI image generated by : Mohd Ezli Mashut By : Mohd Ezli Mashut & ChatGPT ChatGPT can make mistakes. Check important info.  Introdu...